Tanggungjawab Sosial

Ramai yang tahu sebut perkataan ini. Tetapi, berapa ramai yang tahu apa maksudnya.???

Tanggungjawab sosial ialah perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.

Kalau anda menge-search di google pun, ini la definasi yang akan anda jumpa. Kenapa aku tergerak untuk bercerita tentang ini.?

Tengahari tadi, satu kebakaran kecil telah berlaku di satu kawasan lapang di tengah bandar tawau. Kawasan ini dipenuhi dengan semak samun yang telah di tebas beberapa hari lepas. Seperti yang kita tahu, sekarang adalah musim kemarau. Dan rumput kering membuatkan api menjadi cepat marak.Sebenarnya, api ini bermula sejak sabtu petang kalau mengikut informasi yang aku terima.

Sebagai salah seorang yang mempunyai bisnes kecil di kawasan berhampiran, aku tidak ketinggalan membantu apa yang patut bebekalkan gelen putih itu. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kerana itu sahaja yang dapat dicapai. Bukan niat aku disini untuk menunjuk bahawa aku ada menolong ka apa, tetapi apa yang aku mau cakap disini ialah mengenai tanggunjawab sosial kita.

Cuba lihat susuk tubuh ini. Pasti dapat meneka berapa usia lelaki ini kan.??

Kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengahari. Ya, dibawah terik matahari. Sekiranya mereka yang sudah berumur lanjut boleh berpanas-panas berlari untuk cuba menolong apa yang termampu, kenapa tidak kita yang masih muda dan kuat ini tidak boleh.? Kenapa punya alasan nanti bomba datang juga. Kawasan ini adalah kawasan tepi laut dimana pada waktu-waktu begini, banyak anak muda sedang mengedate dan sibuk berpacaran sambil bergabung bersama pasangan masing-masing. Ada yang sudah hilang satu tangan tersembunyi didalam baju. No need to say more. Anda semua tahu apa yang saya maksudkan bukan.??

Aku sempat berjumpa seorang kenalan yang bertanya sedang buat apa disana. Dehell, can you see what happen here.??

Akhirnya bomba tiba juga selepas beberapa siri panggilan dan cuba memadamkan sisa-sisa kebaran yang masih boleh menjadi besar ini.  Walaupun api tidak la sebesar mana, tapi saya rasa gambar ini cukup jelas menggambarkan apa yang sedang berlaku. Kawasan rumput kering, panas, angin, gerai kayu. Bersyukur kerana hanya kawasan rumput kering ini sahaja yang terbakar.

Ini lah pentingnya kita dalam ahli sesuatu masyarakat mengetahui apa itu tanggungjawab sosial. Cuba bayangkan situasi ini. Kawasan lapang depan rumah anda terbakar dengan api yang susah dikawal. Anda sibuk memadamkannya sendiri manakala jiran-jiran anda sedang bersetubuh dirumah masing-masing walaupun mengetahui kebakaran dirumah anda. Apa perasaan anda.?? hahaha.

2 comments

  1. emansipasie says:

    xda aktiviti lain kah? besetubuh jugak yg ko sebut. hahhaha. klo suda begitu, biar bom meletup pon ndak di peduli. =P

  2. sd. says:

    kt mana tu man?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*