30 Tahun sejak penubuhan kumpulan Search, pengaruh mereka tetap kuat. 11 Gambar yang aku rasa terbaik yang aku ambil sendiri pada malam konsert Fenomena 30 Tahun Search. Let the picture do the 1000 word about 30 years of rock & roll.
Tidak seperti pizza hut cawangan Tawau, pizza hut cawangan India lebih cool dan santai. Pizza Hut cawangan Tawau perlu mengambil iktibar dan pengajaran serta menghantar semula staff mereka untuk belajar how to treat their customer well.
Ini kali pertama aku join pertandingan fotografi. Ada 3 kategori, tapi aku masuk kategori compaq sebab tiada DSLR. Dengar hadiah macam lumayan. Lagipun, join aktiviti yang boleh menambah ramai kenalan. Ada 3 gambar yang aku submit. Hopefully ada yang boleh menang la.
Gambar ini jadi pertaruhan..eheheeh.
BTW, ini adalah pertandingan Fotografi Unduk Ngadau Sempena sambutan Pesta Menuai peringkat Tawau. Hadiah sumbangan Mustwin Ventures. Datuk, mau buat web kontek saya.. eheheeh..
p/s : updates sebab nuffnang kasi 5 B.E di blog ini. TQ abg nuffnang.!!
“Puang Aji” adalah gelaran untuk ibu/makcik yang sudah naik haji dan mempunyai pengaruh besar didalam sesuatu keluarga itu. Kebiasaanya, puang aji akan menetukan segalanya. Sebagai contoh, jika ada majlis kahwin atau apa-apa kenduri besar, puang aji akan buat keputusan. Dari lauk apa yang akan di masak, jam berapa di masak, siapa tukang masak, dimana di beli, bajet dan semua perkara adalah ditentukan oleh puang aji. Bak kata orang putih, puang aji will have the last word. Kita boleh mencadang, tetapi puang aji yang akan bagi keputusan setuju atau tidak. Puang aji adalah berada dibahagian paling atas dalam carta organisasi keluarga.
Istilah “Suka Suka Puang Aji” pula istilah yang aku dan kawan-kawan aku selalu gunakan kalau ada orang suka buat sesuatu sesuka hati. Sebagai contoh, orang suka-suka parking kereta sembarang, tidak mahu berenti di bulatan atau ketika keluar simpang dan apa-apa yang dia suka-suka hati mau buat. Kami akan panggil suka-suka puang aji. Selain itu, istilah ini juga akan digunakan bila ada orang bertanya “macam mana mau buat apa-apa-yang-kau-mau-buat.??” Sekiranya tidak ada halangan, maka boleh di jawab “suka-suka puang aji laaaa..”.
Sama juga kisahnya dengan makan steambot.
Makan adalah secara suka-suka puang aji. Itu malam puang aji memang puas hati……eheheheheh..
Itu jam, bila ada announcement pasal flight MH 3095 menuju ke Tawau, aku sudah lega. Menunggu di boarding room tanpa internet, awek lawa dan perut yang sedikit lapar adalah sangat tidak best. Seperti biasa, pramugari MASWings memang hot dan muda-muda. Tapi sebagai seorang lelaki, kena kontrol walaupun dalam hati berharap itu pramugari senyum, pegang tangan aku dan tulis nombor phone beliau. Tapi aku pasti, 3 kali kiamat pun itu tidak akan berlaku. hehehehe.
Penerbangan MH 3095 dari KK ke Tawau akan singgah di Sandakan untuk menurun dan mengambil penumpang. Dan pada waktu-waktu ini juga aku berharap dan berdoa supaya kerusi sebelah akan diduduki oleh seorang awek yang hot. Atau pun pelancong asing yang cuma memakai singlet sahaja. Tapi doa itu juga tidak dimakbulkan kerana kerusi sebelah aku kosong pada waktu itu. Semuanya adalah baik-baik sayang saja sehingga memasuki kawasan Tawau.
Gua telah menulis 137,230 perkataan lucah
pada 602 post lucah. 1,793 komen lucah, dengan jumlah 40,497 patah perkataan lucah. ayam sudah ternoda disini, manakala sekarang, org ayam sdg dinodai dtg dari Menggunakan koneksi . Dikuasakan oleh IP2Location.com. 62 queries in 0.659 seconds. Sun.Feb.2012. and Sabah Blogs