Menjelang Ramadhan 1431 Hijrah – Pra Puasa

Seperti mana yang kita ketahui, sikit jam lagi 1 Ramadhan akan tiba. Seperti kebiasaannya, ini jam semua orang sibuk mahu ganti puasa. Semua orang sibuk berlajar cara-cara mandi wajid atau mandi junub. Ada juga yang mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini. Alhamdulillah.

Tapi, untuk aku ada penambahan sikit. Selain daripada membaca kembali buku-buku cara mandi wajib yang betul, aku buat sesuatu yang berbeza. Ini mengambil kira pengalaman-pengalaman lepas.

Aku melakukan shopingan raya lebih awal. Ini untuk memastikan pada bulan Ramadhan yang mulia nanti, semua tumpuan adalah untuk beribadat sahaja. Sudah tidak ada gangguan pada sekitar pertengahan bulan Ramadhan untuk memikirkan apa yang perlu di beli ketika dan untuk hari raya nanti. Kain baju melayu sudah hantar ke tukang jahit 2 bulan lepas. Kuih raya sudah tempah. Jadi, sudah tidak ada alasan untuk ponteng terawih seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

Bonus link : Plugin WP menarik untuk Ramadhan.