Itu jam, bila ada announcement pasal flight MH 3095 menuju ke Tawau, aku sudah lega. Menunggu di boarding room tanpa internet, awek lawa dan perut yang sedikit lapar adalah sangat tidak best. Seperti biasa, pramugari MASWings memang hot dan muda-muda. Tapi sebagai seorang lelaki, kena kontrol walaupun dalam hati berharap itu pramugari senyum, pegang tangan aku dan tulis nombor phone beliau. Tapi aku pasti, 3 kali kiamat pun itu tidak akan berlaku. hehehehe.
Penerbangan MH 3095 dari KK ke Tawau akan singgah di Sandakan untuk menurun dan mengambil penumpang. Dan pada waktu-waktu ini juga aku berharap dan berdoa supaya kerusi sebelah akan diduduki oleh seorang awek yang hot. Atau pun pelancong asing yang cuma memakai singlet sahaja. Tapi doa itu juga tidak dimakbulkan kerana kerusi sebelah aku kosong pada waktu itu. Semuanya adalah baik-baik sayang saja sehingga memasuki kawasan Tawau.
Read more