Tag Archive for perkara yg membatalkan puasa

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Puasa adalah rukun islam ke-3. Dan, tahun ini aku rasa bersyukur kerana ada beberapa perkara sudah aku setelkan sebelum menjelang ramadhan 1431 hijrah ini. Sebagai antara orang yang banyak bercakap, aku tidak lari dari menyinggung atau memprovokasi mana-mana pihak samaada secara sedar atau secara tidak sedar. Maka, disini aku dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada mana-mana pihak yang pernah aku tercarut. Mana-mana individu yang terasa dengan diri  ini. Juga kepada mana-mana yang pernah memarahi dan mencarut kepada blog ini kerana tertipu dengan carian keyword cerita lucah atau pramugari terlampau.

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Seterusnya, marilah kepada kawan-kawan yang belum mandi wajib, sila lah baca artikel di wikipedia ini untuk cara-cara mandi wajib yang betul. Dikhuatiri, ada yang tersilap atau terlupa tentang bagaimana untuk melaksanakan mandi wajib ini.

Selain itu, niat puasa kena hafal balik. Bagi yang sedia hafal, alhamdulillah. Tapi bagi yang tidak hafal, disini saya sertakan niat untuk puasa ramadhan.

-Muat turun dokumen niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa.

Dan, apa  bila masuk di bulan puasa nanti, marilah kita menjaga ibadat puasa kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa yek kawan-kawan.