Tag Archive for perkara-perkara membatalkan puasa

Menjelang Ramadhan 1431 Hijrah – Pra Puasa

Seperti mana yang kita ketahui, sikit jam lagi 1 Ramadhan akan tiba. Seperti kebiasaannya, ini jam semua orang sibuk mahu ganti puasa. Semua orang sibuk berlajar cara-cara mandi wajid atau mandi junub. Ada juga yang mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini. Alhamdulillah.

Tapi, untuk aku ada penambahan sikit. Selain daripada membaca kembali buku-buku cara mandi wajib yang betul, aku buat sesuatu yang berbeza. Ini mengambil kira pengalaman-pengalaman lepas.

Aku melakukan shopingan raya lebih awal. Ini untuk memastikan pada bulan Ramadhan yang mulia nanti, semua tumpuan adalah untuk beribadat sahaja. Sudah tidak ada gangguan pada sekitar pertengahan bulan Ramadhan untuk memikirkan apa yang perlu di beli ketika dan untuk hari raya nanti. Kain baju melayu sudah hantar ke tukang jahit 2 bulan lepas. Kuih raya sudah tempah. Jadi, sudah tidak ada alasan untuk ponteng terawih seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

Bonus link : Plugin WP menarik untuk Ramadhan.

Remake 2009 : Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

Remake dari post lama disini.

Perkara yang membatalkan puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

1. MENYENTUH
-Menyentuh bekas minuman yang berisi air, dan tanpa kita sedari, dengan sengajanya kita meminum air minuman itu lalu mengucapkan Alhamdulillah.

2. TIDUR WAKTU SIANG
-Ketika tidur disiang hari, kita bermimpi minum jus buah. Namun setelah sedar, dalam keadaan bermimpi kita pergi minum jus buah yang terdapat didalam peti sejuk kita.

3. MELOMPAT-LOMPAT
-Melompat-lompat diatas sofa sambil menonton filem berformat 3gp bertajuk aksi_di_tepi_tangga_sabindo.3gp yang baru di-copy dari kawan-kawan.

4. MELUDAH
-Meludah juga boleh membatalkan puasa jika secara tidak sengaja kita meludahi seorang gadis yang sedang mandi sungai dan tepat mengenai payudaranya dan anda memaksa diri anda untuk membersihkan ludah anda tersebut.

5. BERLARI SEKUAT TENAGA
-berlari sekuat tenaga apabila mendengar bunyi beduk di surau membuka peti sejuk dan meminum jus tongkat ali walhal bunyi beduk itu adalah menandakan waktu zuhur.

6. BERTERIAK-TERIAK DI SIANG HARI
-Ini juga mampu membatalkan puasa, jika anda lakukannya sambil memakan meggi. Apalagi berteriak teriak sambil melakukan hubungan intim.

7. MEMPERBAIKI KOMPUTER YANG ROSAK
-Apabila anda sedang memperbaiki komputer seorang gadis cantik berumur dibawah 21tahun disiang hari, beliau telah meng-offer anda air sejuk dan anda meminumnya walaupun pada waktu itu anda sedang puasa dan dalam keadaan horny.

8. MEMBACA BUKU PELAJARAN
-Membaca buku teks biologi disiang hari pada bulan ramadhan bab pembiakan manusia sehingga anda tertidur lalu bermimpi basah dengan niat.

9. DUDUK
-Duduk dihadapan television sambil memakan nasi goreng pada siang hari.

10. MENDONLOT MOVIE
-Ini akan membatalkan puasa anda apabila anda mendownload movie ber-genre pornografi pada siang hari.

Jadi, berhati-hati dengan apa yang anda buat pada siang hari pada bulan ramadhan kerana puasa anda mungkin akan terbatal dengan sendirinya tanpa anda sedari.

p/s : Sudah ganti puasa tahun lepas.???