Salah satu aktiviti wajib bagi seorang pelajar ialah bersukan. Itu termasuk aku. Setiap tahun, macam di sekolah yang ada sukan tahunan, IPBA pun ada Kejohanan Tahunan yang menjadi aktiviti wajib untuk semua. Tahun ini merupakan tahun pertama aku di IPBA ni. Kononnya, aku cuma mau sebagai pemerhati saja. Bila hari sukan boleh berlenggang kangkung di tepi longkang datang ke padang dan mengorat aweks-aweks. Tapi impian itu musnah berkecai bila ntah dari mana aku jadi ketua rumah sukan. Ini semua Darul punya pasal la ni masa meeting rumah sukan tiba-tiba petik nama aku.
Situasi yang tiada jalan keluar terpaksa dihadapi. Aku sudah cakap awal-awal dengan puan pensyarah aku tidak tahu apa-apa pasal ini sukan. Seingat aku, sukan yang aku main ialah sukan yang menggunakan jari dan gelangganggnya ialah diatas katil atau meja (if you know what i mean. *wink* *wink*). Ada banyak benda yang aku dapat belajar sebenarnya dan aku rasa ini adalah peluang untuk aku kenal dengan senior-senior dan para pensyarah di IPBA ni.
Walaupun ada masalah pada awal-awal dan agak kelam kabut, tapi aku rasa itu dugaan yang bagus. Satu perkara yang aku tidak boleh lupa ialah semangat yang ditunjukkan oleh geng-geng senior. Mereka yang paling banyak tolong aku. Satu pengalaman lagi ialah bila tiba hari sukan itu, aku cuma tidur 1 jam sahaja. Lepas tolong siapkan khemah sampai jam 4 pagi, 5.30 aku sudah ada dipadang untuk urus baju dan bersedia untuk hari sukan.

Awal pagi sebelum acara start. Ambil kesempatan ambil gambar depan khemah. Maskot yang kita orang pilih ialah Shrek. Entah siapa bagi cadangan itu, tapi we make Shrek one hell of a legend that everybody will remember for KOT2012. Juga, team kawad ni antara yang paling susah mau di “setup”. Ada saja masalah yang melibatkan kekurangan orang, jurulatih yang tidak berapa digemari oleh team kawad dan perkara-perkara yang agak pening juga kalau aku pikir balik. Tapi, despite that team kawad rumah hijau jadi johan tahun ini.
Read more