
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Mary Yap Kain Ching. Terutamanya kepada yang tinggal di kawasan Tawau ini. Beliau adalah bekas pengetua yang di anugerahkan anugerah Pengetua Super. Beliau pernah menerima Anugerah Jusa C. Dan yang paling penting, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa SM Teknik Tawau dari sebuah sekolah vokasional biasa ke sekolah yang berstatus Sekolah Kluster.
Minggu lepas, aku menghadiri satu seminar yang mana Datuk Mary ini adalah speaker. Ada dua slot dan slot ke-2 membincangkan tentang 360 Degree Leadership Model.
Ada 2 perkara atau keypoint yang aku sangat tertarik dari pembentangan beliau.
M = Model the way
I = Inspired the vision
C = Challenge the process
E = Empowering others to act
E = Encourage the heart
Aku cukup tertarik dengan model M.I.C.E.E ini. Bagi aku, kalau ingin menjadi ketua, inilah yang sepatutnya diamalkan. Untuk keypoint ke-2, aku suka tentang isu yang dia bentangkan.
Do not compare between 2 leaders.
Pendekatannya sangat mudah. Membandingkan mantan ketua dan ketua yang ada sekarang adalah sama dengan kita membandingkan antara apple dan oren. Kedua-duanya adalah benda/individu yang berbeza. Jadi, jelas kita tidak boleh membandingkan antara 2 pemimpin. Cuma, beliau menekankan juga untuk isu ini ialah perkara/dasar yang baik, yang dibuat oleh mantan ketua hendaklah dikekalkan, dan ketua baru hendaklah memperbaiki kelemahan yang terdapat pada dasar mantan ketua. Bukan mengubah sekaligus dasar tersebut. Kesianlah orang-orang bawahan mahu terkejar-kejar dengan dasar baru nanti.
