*Remake entry Kumprinx.net.

Semua orang tahu. Didalam seluar, tersimpan 1001 cerita didalamnya. Disini, aku ingin menceritakan apa yang ada di dalam seluar aku pada hari-hari biasa.
Dompet – Dalam dompet ini mengandugi Mykad versi Malaysia, Lesen memandu P (as for Profesional) dan beberapa helai duwek. Kebiasaannya duwek yang tidak lebih daripada rm30. Ini kerana, semakin banyak duwek yang tersimpan, maka semakin cepat duwek itu habis. Satu-satunya waktu yang aku rasa duwek aku banyak ialah ketika hendak membayar bil. Terdapat juga duwek Amerika bernilai 1 Dollar. Tujuannya adalah digunakan sebagai ibu duwek dengan berharap ia akan beranak pinak, tapi sampai sekarang mengandung pun belum T_____T
Kunci kemunci - Ini sangat straight to the point. Kunci kereta berjenama Mitsubishi serta kunci rumah. Just in case my parent pergi outstation, aku ada kunci sendiri dan boleh organize party ke hapa ketika ketidak adaan mereka, muahahhahahahaha.
Telefon Bimbit – Sekarang, primary phone adalah ini nokia x6. Dahulu, adalah N82. Sekarang, itu N82 menjadi secondary phone. Phone itu mengandugi nombor private untuk tujuan selingkuhan, dan gambarnya tidak ada. Aku tidak mahu orang tahu aku ada secondary phone untuk selingkuhan. erkkk.??
Jam - Walaupun ini barang berada di tangan, tapi ini adalah barang wajib. Sekarang ianya berjenama B&R. Tetapi, akan bertukar ke Police Time apa bila ada acara formal yang memerlukan aku memakai kot atau blazer serta tali leher.
Kaca mata hitam – Ini kebiasaanya dipakai untuk tujuan pemanduan. Biasalah, kalau you all drive Mitsubishi, takkan mahu pakai kaca mata perang harga RM10 tu kan.?? Sekarang aku sedang meng-usha encik bapak punya Rayban Wayfarer baru. Doakan kejayaan saya yek kawan-kawan.
Extra item : cincin – Cincin ini adalah sesuatu yang aku sentiasa pakai. Cerita pasal cincin ini akan disiarkan pada masa-masa akan datang. Gambar cincin pun tidak ada sebab aku jarang buka.
Ok, itu adalah bahan-bahan dan peralatan yang selalu aku bawa ke hulu ke hilir. Kebiasaan akan menjadi tidak kebiasaan sekiranya ada diantara benda diatas tidak dibawa.
P/S : Abg harizah sudah insaf. Beliau sekarang sudah buka blog muat turun lagu raya (secara haram). Jadi, sempena hari raya mahu dekat, mari pergi muat turun ramai-ramai disini.
