Tag Archive for kisah pramugari

MAS & Air Asia

Aku suka naik kapal terbang. Sebenarnya, aku suka travel. Tapi keadaan sekarang tidak berapa mengizinkan untuk aku travel kemana-mana. Tapi bila aku pergi ke sesuatu tempat itu dan tempat itu ada lapangan terbang, pastinya kapal terbang menjadi pilihan utama. Ini kerana, instead of sitting 8 hours in the buss on a journey between TWU-KK, i rather spend a extra bucks over time. Tapi tiap kali masa mau beli tiket, prosen membeli tiket itu adalah seperti mencari harta karun.

Kalau kena harinya, dapat bukan main murah. Kalau tidak kena jamnya, harganya agak mengarut. Satu soalan yang aku menjadi fikiran aku ialah kenapa tidak perkenalkan saja harga tetap untuk perjalanan domestik. Misalnya, perjalanan antara TWU-SDK-KK menggunakan MASWings dan TWU-KK untuk AirASia, letakkan satu harga tetap. Jadi orang sudah boleh agak anggaran perjalanan. Ini tidak. Tiap kali orang tanya berapa harga tiket kapal terbang, pasti jawapannya nanti aku tengok internet dulu. Fuck. Menyusahkan saja.

Mas Wings FTW – Bukan Kisah Pramugari Yg Terlampau.

Anda pernah naik kapal terbang.? Untuk penerbangan domestik, aku pastinya akan memilih Mas Wings kerana bagi aku, taklimat keselamatan setiap kali sebelum berlepas adalah cukup cool. Ini kerana, mereka menggunakan LCD untuk menerangkan kepada kita mengenai isu-isu serta langkah-langkah keselamatan didalam kapal terbang. Selain itu, diselitkan juga unsur-unsur humor untuk menarik minat kita mendengar taklimat tersebut. Sila lihat video di bawah ini.

Selain itu, mereka cuma memerlukan 2 crew sahaja sepanjang perjalanan itu. Dan mereka juga bukanlah pramugari atau pramugara yang terlampau. Mas Wings FTW.!!!