So What Gitu Loe.??
All this while i been thinking. Sebenarnya ada satu benda yang aku tidak habis fikir sebab aku tidak paham.
Ini ialah gambar Farid Kamil yang di ambil secara suka hati dari Budiey.com. Dia kacak, kurus dan menjadi kegilaan para wanita 1Malaysia. Aku selalu letak caption pada gambar aku dengan perkataan “Farid Kamil”. Selama aku mula menggunakan teknik terulung ini, rasanya tidak ada masalah timbul pun. Dan selama itu juga aku tidak pernah mendapat kejian dari siapa sahaja. Of course itu bermaksud jokes dan sarcasm.
Tapi aku sedikit hairan. Kerana ada pulak rupanya tersinggung dengan teknik terulung yang aku selalu gunakan. Siap kutuk-kutuk Farid Kamil yang boroi. Apa pointnya aku pun tidak berapa tahu sebab bagi setahu aku, mereka-mereka itu tiada kena mengena pun dengan Farid Kamil. Mungkin kerana mereka-mereka ini mahu juga meletakkan caption “Farid Kamil” pada foto-foto mereka. So, lepas ni biarla aku mengalah. Aku tidak letak caption “Farid Kamil” sudah. Mungkin aku letak “Faizal Tahir” ataupun “Imran Ajemain”. muahahha..



