Tag Archive for e-kad raya percuma

Selamat Hari Raya 2010

Ini tahun, aku design e-kad raya paling kick-ass. Aku bosan dengan adobe Photoshop yang banyak kerenah. Kena adjust layer by layer. Aku bosan mencari idea setiap tahun bagaimana harus buat e-kad yang super-power supaya bila aku tag orang, orang akan puji memuji sekaligus menjadikan aku takbur. Jadi, ini tahun aku beralih arah kepada Paint. Lebih minimalis. Lebih kick-ass dan yang lebih penting, tidak perlu banyak masa dibuang.

Jadi, ucapan raya tahun ini ditujukan kepada semua rakan taulan, yang mengenali dan tidak mengenali diri ini secara dekat. Rakan-rakan bloggers dan para silent readers siapa pun anda, anda tidak dilupakan. Kepada semua musuh handai dan para pembenci. Kepada pencari cerita lucah dan kisah pramugari terlampau yang selalu tersesat masuk sini. Kepada pencari gambar seksi awek jepun. Kepada para pencari nombor telefon datin kesunyian, dan siapa sahaja yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung. Selamat hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada anda. Sekiranya ada salah dan silap, 10 jari tangan saya susunkan untuk memohon seribu kemaafan. Harap di maafkan.