Tag Archive for cerita seluar dalam

Pengalaman Horror

Pernahkah anda mengalami pengalaman horror.?? di kejar pontianak.?? bertarung dengan ular sawa.?? berenang bersama buaya.?? atau cuma kehilangan girlfriend yang menduakan anda tanpa anda ketahui.??? Ini hari aku bertemu dengan pengalaman horror. Pengalaman horror ialah pengalaman dimana kekuatan mental dan fizikal diuji ke tahap paling maksimum. Its about time and precision.

Pagi tadi lepas sampai bandar dan menghantar puan Ibunda pergi berkursus di masjid, aku menuju ke ofis. Yes, aku mempunyai ofis sendiri. Sebelum bukak ofis, singgah cari sarapan terhebat untuk para juara. Pagi-pagi perut kena isi beb. Lepas makan lebih kurang, menuju ke ofis. Baca jampi sikit sebagai pelaris sebelum membuka ofis. Tiba-tiba ini perut buat hal. Sepertinya menghantar isyarat untuk melakukan sesuatu dengan pantas. Pantas disini bermaksud di hujung-hujung.

Fuck. Tandas awam belum bukak. Jadi pergi berlari anak mencari pakcik penjaga tandas dibelakang ofis untuk meminta kunci kerana itu pakcik sedang buat cleaning dikawasan belakang. Kunci sudah dapat dan keadaan perut semakin meruncing. Seperti bom yang mempunyai timer yang mungkin tinggal beberapa saat lagi untuk meletup. Berlari-lari anak ketandas. Masalah dengan tandas awam ini pula ialah ianya mempunyai pagar. Dan satu hal lagi, itu pakcik bagi kunci bukan satu, tapi dengan kunci rumah, kunci motor dan segala macam kunci dia bagi.

Mencuba untuk membuka mangga dengan tangan yang bergegar, perut yang seperti gunung berapi hendak meletus adalah sesuatu yang tidak semua orang dapat lakukan. Dan kunci pagar tandas masih tidak jumpa. Fail. Masa semakin suntuk dan pagar masih belum terbuka. Mau tidak mahu, menggunakan ilmu parkour yang dibelajari dari youtube digunakan. Panjat pagar tandas dalam keadaan tangan begegar dan cirit birit hendak keluar.

Lepas aksi-aksi berbahaya, akhirnya berjaya masuk kedalam tandas dengan dengan hanya keringat sahaja yang mengalir keluar. Just in time before everything exploded. Fizikal, mental, time and precision. 4 elemen yang diuji pada hari ini berjaya ditempuhi.

Cerita Dalam Seluar.

*Remake entry Kumprinx.net.

Semua orang tahu. Didalam seluar, tersimpan 1001 cerita didalamnya. Disini, aku ingin menceritakan apa yang ada di dalam seluar aku pada hari-hari biasa.

Dompet – Dalam dompet ini mengandugi Mykad versi Malaysia, Lesen memandu P (as for Profesional) dan beberapa helai duwek. Kebiasaannya  duwek yang tidak lebih daripada rm30. Ini kerana, semakin banyak duwek yang tersimpan, maka semakin cepat duwek itu habis. Satu-satunya waktu yang aku rasa duwek aku banyak ialah ketika hendak membayar bil. Terdapat juga duwek Amerika bernilai 1 Dollar. Tujuannya adalah digunakan sebagai ibu duwek dengan berharap ia akan beranak pinak, tapi sampai sekarang mengandung pun belum T_____T

Kunci kemunci - Ini sangat straight to the point. Kunci kereta berjenama Mitsubishi serta kunci rumah. Just in case my parent pergi outstation, aku ada kunci sendiri dan boleh organize party ke hapa ketika ketidak adaan mereka, muahahhahahahaha.

Telefon Bimbit – Sekarang, primary phone adalah ini nokia x6. Dahulu, adalah N82. Sekarang, itu N82 menjadi secondary phone. Phone itu mengandugi nombor private untuk tujuan selingkuhan, dan gambarnya tidak ada. Aku tidak mahu orang tahu aku ada secondary phone untuk selingkuhan. erkkk.??

Jam - Walaupun ini barang berada di tangan, tapi ini adalah barang wajib. Sekarang ianya berjenama B&R. Tetapi, akan bertukar ke Police Time apa bila ada acara formal yang memerlukan aku memakai kot atau blazer serta tali leher.

Kaca mata hitam – Ini kebiasaanya dipakai untuk tujuan pemanduan. Biasalah, kalau you all drive Mitsubishi, takkan mahu pakai kaca mata perang harga RM10 tu kan.?? Sekarang aku sedang meng-usha encik bapak punya Rayban Wayfarer baru. Doakan kejayaan saya yek kawan-kawan.

Extra item : cincin – Cincin ini adalah sesuatu yang aku sentiasa pakai. Cerita pasal cincin ini akan disiarkan pada masa-masa akan datang. Gambar cincin pun tidak ada sebab aku jarang buka.

Ok, itu adalah bahan-bahan dan peralatan yang selalu aku bawa ke hulu ke hilir. Kebiasaan akan menjadi tidak kebiasaan sekiranya ada diantara benda diatas tidak dibawa.

P/S : Abg harizah sudah insaf. Beliau sekarang sudah buka blog muat turun lagu raya (secara haram). Jadi, sempena hari raya mahu dekat, mari pergi muat turun ramai-ramai disini.