Mas Wings FTW – Bukan Kisah Pramugari Yg Terlampau.

Anda pernah naik kapal terbang.? Untuk penerbangan domestik, aku pastinya akan memilih Mas Wings kerana bagi aku, taklimat keselamatan setiap kali sebelum berlepas adalah cukup cool. Ini kerana, mereka menggunakan LCD untuk menerangkan kepada kita mengenai isu-isu serta langkah-langkah keselamatan didalam kapal terbang. Selain itu, diselitkan juga unsur-unsur humor untuk menarik minat kita mendengar taklimat tersebut. Sila lihat video di bawah ini.
Selain itu, mereka cuma memerlukan 2 crew sahaja sepanjang perjalanan itu. Dan mereka juga bukanlah pramugari atau pramugara yang terlampau. Mas Wings FTW.!!!

