Tag Archive for bahaya

Cerita Kuburan

Petang tadi lepas asar ada keluarga meninggal. Sementara jenazah diurus di rumah, aku dikuburan menunggu. Mau tolong gali kubur pun, masa aku sampai semua sudah siap. Jadi cuma tinggal tunggu saja. Dalam masa menunggu dari jam 5.30 hingga lepas maghrib di kubur, aku dan 2 orang lagi sedara bercerita bagi menghilangkan rasa takut dan seram sejuk katakan. Ada beberapa perkara yang aku belajar.

1. Kuda sebenarnya mempunyai instict seperti anjing. Boleh melihat benda-benda ghaib. Sebab itu mata kuda ditutup dari tepi. Ini kerana, kalau itu kuda sedang di tunggang dan ada sesuatu yang dinampak, kuda itu akan berhenti atau berpatah balik kerana takut.

2. Orang yang tinggal dekat kuburan sudah tidak mempunyai rasa takut. Ini kerana, hari-hari tengok kuburan.

3. Kebanyakan kuburan sedia ada sudah hampir penuh. Mungkin masa akan datang, harta tanah melibatkan kuburan akan meningkat macam harta tanah rumah dan emas pada ketika ini.

4. Kalau bayi tidak cukup bulan, yakni 8 bulan dan dilahirkan, biasanya bayi itu tidak dapat survive. Tapi kalau 7 bulan, masih boleh selamat.

5. Kalau ada bayi yang meninggal pada hari jumaat selepas sahaja dilahirkan, seseorang kena ada untuk menjaga kuburan bayi itu selama mungkin untuk mengelakkan pengamal ilmu hitam pergi mengambil sesuatu dari mayat bayi yang dikubur itu. Berjaga disini bermakna kena bermalam di kuburan untuk menjaga kubur bayi itu. Yang pasti, aku tidak mau menjadi orang itu.

6. Biar takut, tapi tetap optimis.

BTW, yang meninggal tadi adalah anak pakcik aku yang dilahirkan tidak cukup bulan. Baru 8 bulan. Sedekahkan Al-Fatihah untuk jenazahnya.

Stupid Things That People Do On Facebook

Ada banyak benda yang berlaku dalam facebook setiap hari. Infact, aku suka tengok dan baca status orang. Macam-macam ada. Tapi itu semua adalah perkara normal. Facebook sudah menjadi salah satu kewajipan dan semua benda yang terjadi dalam hidup ini pasti ada dalam facebook. Out of hundred of thing, ada 2 perkara yang aku rasa stupid orang buat di facebook.

Said bad things about people that not in their friend list – Apa jadah. Memaki sana sini. Heboh seantero facebook cakap macam-macam. Mau bunuh, mau tampar, mau sepak terajang. Walhal orang yang dia maksudkan itu tiada dalam friendlist. So, whats the point again.? Adakah untuk menunjukkan kita ini kuat didalam facebook.?? Why not say right to their faces. If have balls of steel of course.

Concerning about privacy while got some 1000 +/- people on their friend list – Kalau kau punya kawan mencecah lebih daripada 600 orang, sila jangan bercakap tentang privasi. Mostly, didalam friend list aku ialah terdiri daripada family, rakan di alam nyata, rakan di alam maya, people that I interact to. Paling kurang, aku kenal dengan mereka dari forum atau blog dan sering berinteraksi. Selebihnya, kalau kena add pun, you wont see nothing in my facebook. Aku sudah register ini facebook sejak 2007 dan cuma orang dalam friend list aku ialah seramai 394 orang. I even reject people request even if I know them for privacy matters.

So, what the most stupid thing that you seen.??

Cinta Seminggu

Pernah dengar lagu Cinta Kilat dari Bimbo.?? kalau belum dengar dan layan lagu dulu ok.??

Kalau sudah layan baru boleh sambung cerita. Aku banyak tengok ini cerita cinta seminggu di facebook. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang baru mumayiz atau pun kepada mereka yang sibuk mencari jodoh dari facebook.

Malam Isnin : Add as a friend. Baca-baca info mengenai lelaki/perempuan yang di add. Baca status dia. Yes, dia single, dia ada gambar camwhoring depan cermin atau dia ada profile picture yang sangat cool. Love at first sight berlaku disini.

Malam Selasa : Memberanikan diri me-like status, bagi komen di status dan start private chat. Yes dia layan, dan dia lonely serta bosan ini malam. Konon ada persamaan dan keserasian disini dan pertukaran nombor telefon pun terjadi.

Malam Rabu : Mula bermain sms. Post status di facebook berbunyi “saya sedang sibuk kerana saya sedang bersms dengan seseorang yang special.” Mula tanya bila tarik lahir, warna kegemaran serta apa-apa yang berkaitan. Berkenalan dengan lebih rapat kononnya.

Malam Khamis : Mula video chat guna ym atau skype. Memberanikan diri untuk kasi tau “I had a crush on you girl/boy.” Bercerita sepanjang malam kononnya. Declare couple. The happiest moment on my life kononnya.

Malam Jumaat : Tukar status “Engaged/married” di facebook. Biasanya pasangan begini suka bermimpi terus kahwin. Bertukar-tukar wall komen dengan ayat-ayat seperti ILY, IMY, dan FML. Lebih romantis, ada pula yang bagi komen seperti you are the best damn thing that ever happen to me. Jadah, kenal baru seminggu sudah jadi the best damn thing.?? Tidak lupa juga saling bertukar profile picture dan berjanji untuk sehidup semati kononnya.

Malam Sabtu : SMS berbunyi eh, kenapa hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan) tidak balas sms hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan). Perkara melarat ke facebook dan saling masing-masing mula emosi. Menuduh pasangan curang, aku setia kau tak setia, aku matang kau tak matang, aku selingkuh kenapa kau tidak selingkuh juga.?? Kononnya menangis sampai mata bengkak sebab terlalu sedih di buat begini.

Malam Minggu : break. Kau bukan untukku. Menyesal aku kenal kau. Kita tiada jodoh. Ex gf ku tidak matang dan macam budak-budak. Ex bf ku seorang perv.

There you have it. Cinta seminggu di facebook. Ada kaitan dengan yang hidup sekarang. Hahahahha.

Tips untuk menjadi Anonymous yang berjaya

Hai kawan-kawan. Apa khabar.?? Ada sihat.?? hari ini aku cerita sikit macam mana untuk menjadi Anonymous yang berjaya. Ini kerana, banyak budak-budak yang baru belajar tekan keyboard sudah naik kepala. Buat sampai 7-8 akaun facebook, lepas itu pergi berlagak. Puji diri sendiri jak lebih. Itu belum cerita pasal yang pura-pura alim macam ustat, tapi sebenarnya, cuma Tuhan yang tahu betapa dajalnya beliau.

Ok, kita lupakan pasal itu. Dalam menjadi anonymous, pertama yang perlu kita berwaspada ialah jangan sampai terkantaoi. Jika tidak, kita sendiri akan mendapat kemaluan yang besar. Kemaluan besar disini bukan lah bermaksud kemaluan anda membesar, tapi malu yang besar. Jangan salah ok. Nanti ada pulak yang main saman-saman sebab dituduh menimbulkan provokasi.

Read more