Tag Archive for bahaya wanita dan facebook

Facebook, Group Message dan Tag

Facebook bukanlah yang pertama memperkenalkan fungsi “TAG” pada gambar. Tetapi, Facebook adalah yang pertama merevolusikan fungsinya. Dimulai dengan dengan tag pada foto, kemudian pada group message, nama pada status, dan komen. Fungsi nya adalah simple. Jika ada orang berkaitan dengan foto kita, kita boleh tag dia supaya dia tahu dia ada kaitan dengan gambar itu. Same goes with the others.

Apparently, sejak akhir-akhir ini fungsi ini disalah gunakan. Banyak orang salah gunakan benda ini. Kalau benda itu berkaitan dengan jual beli barang, atau apa-apa pertandingan like di facebook, masih boleh accept. Tapi kalau saja-saja upload profile photo kau depan cermin dalam tandas, lepas tu tag orang, itu adalah melampau. Whats the point by doing that.??

Same goes with group message. Ini hari aku dapat group message pasal sesuatu yang tiada kaitan dengan aku. Maksud group message itu sendiri adalah untuk kawan-kawan yang satu group/gang. Its not what makes me annoying sebenarnya. Being tag in unrelated group chat. Yang buat aku paling annoying bila ada orang buat group message itu macam chatting. Cerita tentang perkara yang sepatutnya diceritakan di chat. What are you doing, hows ur life and stuff like that.

Kesimpulannya, orang tidak annoying bila kamu tersalah tag orang dalam group message. Tapi orang akan menjadi annoying bila kamu buat group message itu macam chat dan perbincangan itu hanya berkisar kepada satu dua individu saja sedangkan yang di tag 100 orang. Now thats freaking annoying dude.

 

SPM 2011

Seperti tahun-tahun sebelum ini, budak-budak yang ambil SPM tahun lepas akan ambil keputusan pada ini hari. Tapi sekarang mereka ada satu alasan kukuh kalau gagal.

Mereka boleh salahkan facebook. Sebab facebook, tidak study. Sebab facebook, balik rumah tidak belajar. Sebab facebook, alasan pegi tuisyen, tapi sebenarnya pegi cybercafe online facebook. Mintak duit beli smartphone dengan parent semata-mata facebook. Semua pun salah facebook.

The art of blogging

Sekarang, budak darjah 6 sudah ada blog. Blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar camwhoring depan cermin bersama-sama rakan-rakan dan taulan. Ok, ada sesuatu yang tidak kena disini. Bukankah budak darjah 6 sepatutnya sedang mengulangkaji pelajaran untuk persiapan UPSR. Instead, they create a blog, put their self-potrait picture on it and call them art.

Kid, listen to my advice. Delete your blog and go back to where you belong. You don’t know anything yet. Pergi bandar masih mintak duit ibu bapa. I don’t want to look like a freaking pedophile if i ever enter your blog again. FML.

Stupid Things That People Do On Facebook

Ada banyak benda yang berlaku dalam facebook setiap hari. Infact, aku suka tengok dan baca status orang. Macam-macam ada. Tapi itu semua adalah perkara normal. Facebook sudah menjadi salah satu kewajipan dan semua benda yang terjadi dalam hidup ini pasti ada dalam facebook. Out of hundred of thing, ada 2 perkara yang aku rasa stupid orang buat di facebook.

Said bad things about people that not in their friend list – Apa jadah. Memaki sana sini. Heboh seantero facebook cakap macam-macam. Mau bunuh, mau tampar, mau sepak terajang. Walhal orang yang dia maksudkan itu tiada dalam friendlist. So, whats the point again.? Adakah untuk menunjukkan kita ini kuat didalam facebook.?? Why not say right to their faces. If have balls of steel of course.

Concerning about privacy while got some 1000 +/- people on their friend list – Kalau kau punya kawan mencecah lebih daripada 600 orang, sila jangan bercakap tentang privasi. Mostly, didalam friend list aku ialah terdiri daripada family, rakan di alam nyata, rakan di alam maya, people that I interact to. Paling kurang, aku kenal dengan mereka dari forum atau blog dan sering berinteraksi. Selebihnya, kalau kena add pun, you wont see nothing in my facebook. Aku sudah register ini facebook sejak 2007 dan cuma orang dalam friend list aku ialah seramai 394 orang. I even reject people request even if I know them for privacy matters.

So, what the most stupid thing that you seen.??

How Life Works

Aku selalu dapat soalan-soalan bonus. Apa kerja aku.?? Apa aku buat.?? Kalau dulu, mungkin aku boleh jawab aku jadi cikgu. Tapi memandangkan sekarang belum ada apa-apa berita pasal penyambungan kontrak (and im sure that it will never come), aku susah sikit mau jawab. Kadang orang akan tanya macam mana aku bayar bil-bil utiliti, top up dan isi minyak kereta kerana benda-benda itu semua adalah umpama kewajipan pada dewasa ini. <– WTF punya ayat.

Jadi kalau ada orang tanya aku, apa aku buat sekarang, jawapannya senang. I make the world go around. Sebenarnya, hidup ini senang. Tetapi kau perlu melaluinya dengan susah melainkan bapak kau masuk dalam senarai billionaire’s club di Malaysia. So, how my life work.??

Sebelum aku mengambil keputusan untuk menetap di Tawau ini, aku sudah fikir masak-masak. Ini kerana, mendapat pekerjaan yang berpendapatan melebih RM 600 sebulan di sini adalah sesuatu yang agak sukar. Kerja government pulak bergantung pada nasib dan kabel. Kalau kabel besar pun masih susah mau dapat kerja, apatah lagi kabel kecil. Jadi, sebagai seorang yang berfikiran seperti mafia pajak si Gayus Tambunan, aku perlukan sumber untuk mendapatkan duit dikala aku memerlukan. Thats one problem and that problem is solved. Dengan sumber itu dan rezeki dari yang DiAtas, bil streamyx, elektrik, top up, petrol dan perut boleh ditanggung ketika sedang tidak ada kerja.

Selain itu, in-case of emergency, kfc dan beberapa perkara lain yang tidak perlu didetailskan disini juga boleh ditutup oleh sumber ini. Pembahagian sumber ialah 60-40. Aku punya bahagian ialah 40%. Daripada 40% itu, aku cuma guna 15% sahaja. Lagi 35%.?? Pergi ke tempat yang sepatutnya. Jadi, duit gaji daripada hasil titik peluh kerja ketika jadi cikgu adalah untuk kegunaan berfoya-foya, me-ngebid dan menang di lelong, mencari seluar jeans di Mudah dan beberapa keperluan lain yang berbentuk keduniaan semata-mata.

So, apa point entry ini.?? Senang. Hidup ini memang senang. Tetapi, untuk melaluinya adalah sangat-sangat susah. Jadi, kita perlu berfikiran sedikit jauh dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan kita kan senang dikala susah. Dan yang paling penting, mencari sumber yang boleh menjelaskan bil-bil bulanan and take your girlfriend once in a while a fancy candle light dinner. hehehe…

Ok, sekarang siapa mahu tahu rahsia goyang kaki dapat duit.?? hahaha