Facebook, Group Message dan Tag

Facebook bukanlah yang pertama memperkenalkan fungsi “TAG” pada gambar. Tetapi, Facebook adalah yang pertama merevolusikan fungsinya. Dimulai dengan dengan tag pada foto, kemudian pada group message, nama pada status, dan komen. Fungsi nya adalah simple. Jika ada orang berkaitan dengan foto kita, kita boleh tag dia supaya dia tahu dia ada kaitan dengan gambar itu. Same goes with the others.

Apparently, sejak akhir-akhir ini fungsi ini disalah gunakan. Banyak orang salah gunakan benda ini. Kalau benda itu berkaitan dengan jual beli barang, atau apa-apa pertandingan like di facebook, masih boleh accept. Tapi kalau saja-saja upload profile photo kau depan cermin dalam tandas, lepas tu tag orang, itu adalah melampau. Whats the point by doing that.??

Same goes with group message. Ini hari aku dapat group message pasal sesuatu yang tiada kaitan dengan aku. Maksud group message itu sendiri adalah untuk kawan-kawan yang satu group/gang. Its not what makes me annoying sebenarnya. Being tag in unrelated group chat. Yang buat aku paling annoying bila ada orang buat group message itu macam chatting. Cerita tentang perkara yang sepatutnya diceritakan di chat. What are you doing, hows ur life and stuff like that.

Kesimpulannya, orang tidak annoying bila kamu tersalah tag orang dalam group message. Tapi orang akan menjadi annoying bila kamu buat group message itu macam chat dan perbincangan itu hanya berkisar kepada satu dua individu saja sedangkan yang di tag 100 orang. Now thats freaking annoying dude.

 

15
May 2011
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 0 Comments

SPM 2011

Seperti tahun-tahun sebelum ini, budak-budak yang ambil SPM tahun lepas akan ambil keputusan pada ini hari. Tapi sekarang mereka ada satu alasan kukuh kalau gagal.

Mereka boleh salahkan facebook. Sebab facebook, tidak study. Sebab facebook, balik rumah tidak belajar. Sebab facebook, alasan pegi tuisyen, tapi sebenarnya pegi cybercafe online facebook. Mintak duit beli smartphone dengan parent semata-mata facebook. Semua pun salah facebook.

Stupid Things That People Do On Facebook

Ada banyak benda yang berlaku dalam facebook setiap hari. Infact, aku suka tengok dan baca status orang. Macam-macam ada. Tapi itu semua adalah perkara normal. Facebook sudah menjadi salah satu kewajipan dan semua benda yang terjadi dalam hidup ini pasti ada dalam facebook. Out of hundred of thing, ada 2 perkara yang aku rasa stupid orang buat di facebook.

Said bad things about people that not in their friend list – Apa jadah. Memaki sana sini. Heboh seantero facebook cakap macam-macam. Mau bunuh, mau tampar, mau sepak terajang. Walhal orang yang dia maksudkan itu tiada dalam friendlist. So, whats the point again.? Adakah untuk menunjukkan kita ini kuat didalam facebook.?? Why not say right to their faces. If have balls of steel of course.

Concerning about privacy while got some 1000 +/- people on their friend list – Kalau kau punya kawan mencecah lebih daripada 600 orang, sila jangan bercakap tentang privasi. Mostly, didalam friend list aku ialah terdiri daripada family, rakan di alam nyata, rakan di alam maya, people that I interact to. Paling kurang, aku kenal dengan mereka dari forum atau blog dan sering berinteraksi. Selebihnya, kalau kena add pun, you wont see nothing in my facebook. Aku sudah register ini facebook sejak 2007 dan cuma orang dalam friend list aku ialah seramai 394 orang. I even reject people request even if I know them for privacy matters.

So, what the most stupid thing that you seen.??

Cinta Seminggu

Pernah dengar lagu Cinta Kilat dari Bimbo.?? kalau belum dengar dan layan lagu dulu ok.??

Kalau sudah layan baru boleh sambung cerita. Aku banyak tengok ini cerita cinta seminggu di facebook. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang baru mumayiz atau pun kepada mereka yang sibuk mencari jodoh dari facebook.

Malam Isnin : Add as a friend. Baca-baca info mengenai lelaki/perempuan yang di add. Baca status dia. Yes, dia single, dia ada gambar camwhoring depan cermin atau dia ada profile picture yang sangat cool. Love at first sight berlaku disini.

Malam Selasa : Memberanikan diri me-like status, bagi komen di status dan start private chat. Yes dia layan, dan dia lonely serta bosan ini malam. Konon ada persamaan dan keserasian disini dan pertukaran nombor telefon pun terjadi.

Malam Rabu : Mula bermain sms. Post status di facebook berbunyi “saya sedang sibuk kerana saya sedang bersms dengan seseorang yang special.” Mula tanya bila tarik lahir, warna kegemaran serta apa-apa yang berkaitan. Berkenalan dengan lebih rapat kononnya.

Malam Khamis : Mula video chat guna ym atau skype. Memberanikan diri untuk kasi tau “I had a crush on you girl/boy.” Bercerita sepanjang malam kononnya. Declare couple. The happiest moment on my life kononnya.

Malam Jumaat : Tukar status “Engaged/married” di facebook. Biasanya pasangan begini suka bermimpi terus kahwin. Bertukar-tukar wall komen dengan ayat-ayat seperti ILY, IMY, dan FML. Lebih romantis, ada pula yang bagi komen seperti you are the best damn thing that ever happen to me. Jadah, kenal baru seminggu sudah jadi the best damn thing.?? Tidak lupa juga saling bertukar profile picture dan berjanji untuk sehidup semati kononnya.

Malam Sabtu : SMS berbunyi eh, kenapa hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan) tidak balas sms hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan). Perkara melarat ke facebook dan saling masing-masing mula emosi. Menuduh pasangan curang, aku setia kau tak setia, aku matang kau tak matang, aku selingkuh kenapa kau tidak selingkuh juga.?? Kononnya menangis sampai mata bengkak sebab terlalu sedih di buat begini.

Malam Minggu : break. Kau bukan untukku. Menyesal aku kenal kau. Kita tiada jodoh. Ex gf ku tidak matang dan macam budak-budak. Ex bf ku seorang perv.

There you have it. Cinta seminggu di facebook. Ada kaitan dengan yang hidup sekarang. Hahahahha.

On the Internet, nobody knows you’re a dog

Kalau yang belum tahu, istilah seperti tajuk diatas sebenarnya adalah lakaran komik oleh Peter Steiner dari The New Yorker pada tahun 1993.

Sekarang sudah 2011. Maknanya istilah ini sudah berada berada selama lebih kurang 28 tahun. Mungkin ramai yang tidak paham, tapi sebenarnya kartun ini merujuk kepada anonymous. Kerana di internet, kamu boleh menjadi sesiapa sahaja. Kamu boleh menjadi seorang hero walaupun sebenarnya kamu bukanlah sesiapa. You can be anybody you want to be. Sebab tiada orang tahu siapa kamu.

Itu cerita 1993. 2011 aku rasa istilah itu sudah kurang sesuai digunakan. Terms yang lebih sesuai munngkin patut di aplikasikan kepada facebook.

“On the Facebook, no body knows you’re a dog.”

Sebab sekarang orang main facebook maaa..

Point yang aku mau sampaikan disini ialah berhati-hati dengan apa yang kamu baca di Facebook. Terutamanya jika dari anonymous atau orang yang tidak kamu kenali. Tidak semestinya berita itu benar. Ini kerana, kita tidak mengenali siapa penulis sebenar berita itu. Dan agenda tertentu sentiasa ada.

P.S : gambar dari google.

03
Feb 2011
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 3 Comments