
Sudah seminggu aku menunggu ketibaan Stepmania Dance Mat itu. Tetapi masih belum sampai. Akibatnya, apabila tidak ada yang perlu di buat di rumah, aku akan melakukan aksi summersault backflip 7 kali di udara lalu tidur dan berharap akan bermimpi memenangi nombor ekor 4d.
Anyway, aku memang tidak banyak benda di buat kebelakangan ini. Cuma aksi-aksi biasa seperti bercucuk tanam, berbasikal, memelihara udang harimau serta memburu musang pulut berjanggut.Oleh yang demikian, aku berbuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja freelancer secara berbayar untuk web designing, theme customization, membuat custom theme untuk blog anda, serta apa-apa kerja freelancer yang berbayar yang berkaitan dengan laman web mengeweb. Tapi ini untuk pasaran di kawasan sekitar Tawau sahaja kerana I do COD. Any queries.?? contact me. Page untuk ” Kerja Freelancer yang berbayar” ini akan di buat sekiranya ada kerajinan..kot.
