Suka Suka Puang Aji

“Puang Aji” adalah gelaran untuk ibu/makcik yang sudah naik haji dan mempunyai pengaruh besar didalam sesuatu keluarga itu. Kebiasaanya, puang aji akan menetukan segalanya. Sebagai contoh, jika ada majlis kahwin atau apa-apa kenduri besar, puang aji akan buat keputusan. Dari lauk apa yang akan di masak, jam berapa di masak, siapa tukang masak, dimana di beli, bajet dan semua perkara adalah ditentukan oleh puang aji. Bak kata orang putih, puang aji will have the last word. Kita boleh mencadang, tetapi puang aji yang akan bagi keputusan setuju atau tidak. Puang aji adalah berada dibahagian paling atas dalam carta organisasi keluarga.

Istilah “Suka Suka Puang Aji” pula istilah yang aku dan kawan-kawan aku selalu gunakan kalau ada orang suka buat sesuatu sesuka hati. Sebagai contoh, orang suka-suka parking kereta sembarang, tidak mahu berenti di bulatan atau ketika keluar simpang dan apa-apa yang dia suka-suka hati mau buat. Kami akan panggil suka-suka puang aji. Selain itu, istilah ini juga akan digunakan bila ada orang bertanya “macam mana mau buat apa-apa-yang-kau-mau-buat.??” Sekiranya tidak ada halangan, maka boleh di jawab “suka-suka puang aji laaaa..”.

Sama juga kisahnya dengan makan steambot.

Makan adalah secara suka-suka puang aji. Itu malam puang aji memang puas hati……eheheheheh..

Leave a Comment

Filed under Sankai life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>