Suddenly, everybody is a blogger.
Kenapa aku buat blog.?? erk..sebab aku suka. Suka untuk mencarut. Suka untuk mengarut. Entertaining people with my stories, I guess. Dulu, aku pernah buat satu entry bertajuk "Blog Popular". Dan sebab aku macam mana ntah terbaca post ini, tergerak untuk menulis japs. FYI, aku masih hiatus. Hiatus dari semua perkara yang complicated. While on hiatus, aku sedang cuba untuk membuat perkara-perkara yang aku jarang atau tak pernah buat sebelum ini. Juga enjoying my life while I can. Dan, buat masa ini juga, pikiran cuma bertumpu pada perkara-perkara yang simple. Benda-benda complicated letak tepi dulu. Ok, enough said.
Bila orang tanya aku, best ke ada blog.?? Aku tak tahu mahu jawab macam mana. Lets just say, kalu ada orang hobi dia bermain layang-layang, melastik burung atau bermain engkek-engkek, jadi inilah hobi aku. Hobi yang aku usahaka hampir 3 tahun. Yek, aku mula membuat blog pada penghujung tahun 2006. Sebenarnya, dalam blog aku ni takda apa sangat. Serius aku katakan, kamu dan kamu dan kamu tidak akan menjumpai ilmu disini. Cuma sekadar cerita kosong, caci maki, carut mencarut serta perkataan-perkataan lucah yang kadang-kadang terkeluar. Tapi itulah blog saya. Saya seronok dengan blog saya biarpun tidak mempunyai 1k pelawat setiap hari.
Sekarang, semua orang ada blog. Seriously, di office aku sahaja kalu tidak salah aku ada 5-6 orang bloggers. Sorang duduk disebelah dan sorang duduk di hadapan aku. Paling latest aku dengar, Datuk Taufik pun jadi bloggers. Sila google sendiri yek anak-anak untuk URL blog beliau. Bagi aku, blog ini sudah jadi kewajipan selain daripada gmail dan facebook. Budak sekolah pun ada blog sekarang. Ada yang cerita pasal main softball, pasal kena marah, pasal kena tegur, ada yang cerita pasal jihu beliau, cerita pasal minat dengan seseorang. Aku suka baca blog yang macam begini. To be exact, mendengar cerita kehidupan dari satu sisi yang berbeza. Blog-blog macam ini mempunyai cerita tersendiri. At least, mereka ada sesuatu yang orang lain tidak ada, untuk di kongsi bersama.
Aku sendiri seronok membaca blog orang lain. FYI, blog banyak memperkenalkan aku kepada kawan-kawan yang aku kenal sekarang. Tanpa blog, aku tak mungkin kenal pangah (aku sebut nama dia dulu sebab dia orang pertama aku kenal dalam dunia blog dan dia pernah janji aku pizza dominos.), sis maya, Agus, just to name a few. Kalu aku senaraikan, lusa pun tak habis. Tiap hari aku buka blog mereka untuk membaca. Disini aku senaraikan blog yang aku baca setiap hari.
Blog pangah, blog TBU & TBU members, Blog sd, anne, ss, blog miss DY, Perampok (sebab blog beliau adalah cool), blog mohdismail, infomalaya & amanz(walaupun aku jarang komen.), Yusdesign, kumprinx dan beberapa blog lain yang aku rasa sangat bagus.
Juga, untuk pengetahuan, aku tidak baca blog politik, berunsur politik, blog yang owner nya ada kaitan dengan politik, blog yang memuji diri sendiri(hipokrit), serta blog yang suka flaming itu ini dengan orang lain.
Anyway, bila ditanya kenapa perlu ada blog, bagi aku, blog adalah semacam album. Album dimana suatu hari bila aku baca balik, aku akan merasa sedih, gembira, atau lucu, bergantung pada post itu. Itupun sekiranya database tidak corrupt. Ok, babai..
P/S - Atas permintaan ramai, aku telah meletakkan video dari youtube channel aku di bahagian paling bawah. Video yang terpapar disana adalah video terbaru dari youtube channel aku. Sila scrool ke bawah.






May 2nd, 2009 - 13:07
Terima Kasih Csankai atas kredit yang diberi buat saya.. Walau bukan kredit 'handphone' atau kredit kad, saya cukup menghargai dan terharu sekali melihat 'nama' saya berada dalam 'kelompok' itu…
Thanx Comrades..
MakePeace,Love&RockNRoll
May 2nd, 2009 - 09:40
sankai, aku rasa la kan, dalam 2-5 tahun lagi, benda yang pelik kalau seseorang tu takda blog..
Terima kasih sebab sudi baca InfoMalaya dot com, sebenarnya tak kisah sangat orang komen atau tak, yang penting, ada orang sudi baca, hehe..
May 2nd, 2009 - 23:27
Bat : yaaa..aku setuju..blog ni dah jadi sau trend..sama seperti email, friendster dan facebook…
Yus : membaca sesuatu dari sisi yang berbeza adalah seronok…
May 3rd, 2009 - 11:15
Rupanya blog aku pun tersenarai. Aku pun kenal csankai ini dari blog, kalau tidak, manalah aku tau rupanya ada jiran aku sendiri bloggers. Seronok bila ada kawan2 yang juga minat berblog dan bila sudah kenal in real, dah jadi macam adik beradik pulak, boleh cerita apa saja, kongsi joke sama2, kongsi masalah sama2…
satu hari, bila anakmu bermain dekat dengan rumahku, aku akan bertanya, mana papamu? papaku update blognya auntie, dari tadi pagi lagi dia buat blog. Mamamu mana? mamaku pun update blog, sama2 papaku mengupdate blog… erk!
May 3rd, 2009 - 11:55
Iya..
Kalu mau monetize tu lain cerita laa..tapi blog ni semacam social network sites kan..
lama lagi baru aku kawin…tunggu puteri raja masuk meminang…hahaha..
May 4th, 2009 - 13:14
aku x paham kenapa berada dlm hiatus.
bleh kasi explain sket?
May 4th, 2009 - 07:43
acctually, hiatus dari memikirkan benda-benda yang complicated…
tired dowh..
May 4th, 2009 - 14:30
aku pun enjoy baca blog orang lain..dapat tambah ilmu wlupun entri peribadi dia..kan kan?
May 4th, 2009 - 07:44
bagi aku, setiap blogger itu unik…ada cerita masing-masing…walaupun die cerita yang buruk, ada pengajaran dari cerita itu untuk kita….
May 5th, 2009 - 23:39
blog just like a book u write on your own……..dan nampak jugalah ketamadunan org 2 hehehe.
blog politik best apa???
May 7th, 2009 - 06:20
wah bosku… tutur bicaramu membuatkanku tersenyum simpul…