Selamat Hari Guru 09

Hari ini, 16 Mei 2009 adalah hari guru. Hari yang disambut untuk meraikan guru-guru di seluruh Malaysia. Pada hari ini juga mencatatkan kali pertama saya menyambut hari guru sebagai seorang guru. Pada tahun-tahun sebelumnya, saya menyambutnya sebagai seorang pelajar dan bekas pelajar.

Ini adalah hadiah pertama saya dari seorang pelajar saya bernama Stella henry. Terima kasih diucapkan. Walaupun sudah habis dimakan, saya mahu mengabadikan dengan mengambil gambar ini.
Pada hari ini juga sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan. Walaupun saya tidak memenangi anugerah guru paling kacak dan guru paling popular, tapi saya berasa gembira kerana sambutannya sangat meriah. Juga, saya rasa seronok kerana dapat menyanyikan lagu"guru Malaysia" buat pertama kalinya secara berjemaah dengan guru-guru yang lain.

Ini adalah gambar kenangan saya bersama pengawas-pengawas SMTT.
Ramai orang tidak tahu betapa beratnya kerja seorang guru. Kamu, kamu, kamu dan kamu di luar sana, jangan cepat menyalahkan guru anda sekiranya beliau suka mengetuk kepala, men-sebat atau menampar anda. Tidak mudah untuk seseorang itu menjaga dan mendidik sekurang-kurangnya 15 orang dalam satu-satu masa.
Guru, dalam ajarnya ada harapan...
dalam tegurnya ada doa...
dalam marahnya ada sayang...
dalam tawa ada mesra...
dalam diam ada bijaksana....
Hayatilah kata-kata ini. Kita tidak tahu kedudukan seseorang itu melainkan kita sendiri berada ditempat orang itu sendiri.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SRK Kem Kabota, SRK Tg Batu Darat, SMK Tawau, guru tusyen saya, dan para pensyarah-pensyarah KTB. Juga ucapan kepada kawan-kawan rapat dan rakan sekerja yang menyambut hari guru sebagai guru.






May 16th, 2009 - 14:12
heppi ticers dey cikgu rahman.
May 16th, 2009 - 14:15
heee
tq Romzi…
May 17th, 2009 - 01:35
.: mnta bha pix2 pgawas.. :.
May 17th, 2009 - 09:55
bleh..tapi kena bayar arr lenn…
May 17th, 2009 - 04:05
Kita serupa. I pun tak memenangi anugerah guru paling menawan mahupun guru paling popular. Tak kisah lah. Nnt riak pula bila menang anugerah tu. hehe
May 17th, 2009 - 09:57
ai mendapat tahu ai antara finalis guru paling kacak & guru paling popular…ni pun dah naik riak dahh..
wahahahha…
May 17th, 2009 - 04:05
Kita serupa. I pun tak memenangi anugerah guru paling menawan mahupun guru paling popular. Tak kisah lah. Nnt riak pula bila menang anugerah tu. hehe
May 17th, 2009 - 06:01
happy teacher day cikgu sankai… :P
May 17th, 2009 - 09:57
tq don.
=)