csnk Blogger Tawau Paling Seksi ;)

11Feb/109

Saya suka kerja saya. Kamu.??

Beberapa hari ini, aku sedikit risau. Ini kerana, kereta custom-made aku membuat hal lagi. Water pump kereta aku mengalami ke-leaking-an. Sangat menjengkelkan apabila kena isi air setiap hari. Selain itu, perlu juga mengawasi meter suhu agar sentiasa berada dibawah 80 darjah celcius. Jadi, tindakan drastik perlu di ambil.

FYI, di tempat aku bekerja dengan ceria, ada satu kursus di namakan Automotive. Aku tidak tahu jadah apa itu, tapi aku tahu ianya berkaitan dengan kereta. Jadi, pagi tadi aku menghantar kereta aku ke bengkel tersebut. Oh iya, bengkel itu adalah kelas ok. Di tempat aku bekerja juga, bengkel adalah kelas.

Sebelum pembedahan di jalankan, harus di periksa dahulu dan hasil pemeriksaan membuktikan water pump tersebut perlu di ganti.

Namun begitu, keajaiban datang ketika kita sangat memerlukan. Dan entah dari mana, satu water pump muncul secara tiba-tiba di hadapan mata.

Untuk yang tidak mengetahui, ini adalah water pump. Tugasnya ialah mengepam air kedalam enjin agar suhu adalah terkawal. Water pump ini perlu di gosokkan sedikit serta perlu melalui beberapa proses modifikasi kerana kereta aku adalah "custom-hand-made". hahahahahaha..

Selepas melalui beberapa proses yang tidak la sekomplikated mana, water pump ini berjaya dipasangkan. Namun, satu masalah timbul dimana palam pencucuh atau spark plug salah satu daripada 8 4 spark plug aku telah patah. Dan, serpihan spark plug tersebut masih terlekat pada enjin.

Namun begitu, big boss automotive datang menyelamatkan keadaan. Dan akhirnya, serpihan spark plug tersebut berjaya dikeluarkan. Jadi, di pendekkan cerita, pada akhirnya semua telah berjaya dan kos untuk penukaran kesemua ini adalah 2 bungkus gado-gado untuk pelajar yang membuat kesemua kerja-kerja penggantian tersebut.

Dan sebab itu lah saya sangat suka kerja dan situasi kerja saya . Anda bagaimana.?? ehehehehhe....

What do you think of this post?
Awesome (0) Interesting (0) Useful (0) Boring (0)
Comments (9) Trackbacks (0)
  1. kete ko pakai enjin motorbot ke?

  2. Lain kali sapa2 ada problem keta, silalah pinjamkannya kepada rahman… bleh tumpang2 pok free.. kalau stakat kfc satu barrel tu no hal bah kan

  3. haku respek keta neh.. keta italian job.. =]

  4. haku respek keta neh.. keta italian job.. =]

  5. This comment has been deleted by the administrator. <— wah hebatnya!

  6. tadi pas submit komen terus keluar error tu. xpa lah, abaikan saja


Leave a comment


No trackbacks yet.