
Sekarang, semua orang pandai sebut “Noob”. Bukan setakat gamers, tapi makcik jaga tandas, tukang sapu jalan, tukang jahit kasut malahan budak-budak darjah 3 pun pandai sudah gelarkan orang dengan istilah Noob ini. Apa sebenarnya maksud noob.? Baca link wikipedia ini.
Bagi aku, ada beberapa kategori yang aku gelarkan noob ini. Yah, aku suka mengutuk orang dalam forum ataupun facebook pages. Tapi kutuk dalam hati jerrr…hehehhe..
Level 3 and she thinks she’s rich. What a noob -The Big Bang Theory-.
The noob blogger. Baru 2-3 hari buat blog sudah mahu cerita macam mana mahu buat duit dengan blog. Lepas tu bagi tips macam mana mau dapat 4 juta pageviews. Errkk, padahal baru belajar macam mana mau connect FTP. Hosting pun dapat dari ehsan orang lain. BTW, aku pernah juga dapat server free dari pakngah. LOL..
The Noob forum/facebook user. Register ke forum semata-mata tahu dalam forum itu ada thread rahsia yang mengandungi link-link panas, cerita erotika, wayang 3gp dan gambar-gambar terbaik Maria Ozawa. Thread itu pula memerlukan post count tertentu. Maka, mula la bertanya soalan-soalan noob seperti macam mana mahu tukar tayar kereta, macam mana mahu mandi wajib dengan betul, atau apa doa yang perlu di baca kalau hendak bersenggama dengan pasangan. Sehari boleh buat 100 post count.
Sama juga halnya dengan facebook user yang bertanyakan soalan-soalan seperti diatas tadi di dalam facebook pages. Tujuan bertanya tidak lain hanya untuk memancing komen dan like. Jadi, bila ada awek-awek hot dan sexy melihat soalan itu, mereka akan otomatis di add oleh si awek-awek yang hot dan sexy itu. Tetapi, paling noob dalam facebook pages ialah bila si user bertanya soalan, ada 13 ribu reply dan 16 juta like. Tapi tiada satu pun yang dapat menjawab persoalan si user yang bertanya. LOL.
The Noob facebook pages admin. Kenapa user forum dan facebook pages ada noob, tetapi admin/mod forum tiada yang noob.?? Jawapannya senang. Didalam forum, untuk mendapat tittle Moderator, anda perlu mahir dan kompeten dalam bahagian yang dibawah jagaan anda. Bila anda sudah mendapat tahap Global Moderator, maknanya anda sudah kompeten dalam pelbagai perkara dan dipercayai mampu menjaga keseluruhan forum tersebut. Dan status moderator ini tidak boleh di minta-minta. You earn it, not you were asking it.
Tetapi, pada facebook pages, sesiapa sahaja boleh menjadi admin. Buat pages sendiri, dah dapat tittle admin. Lepas tu suh kawan-kawan lain join, janji bagi tittle admin walaupun si kawan itu noob. Dan, yang paling noob ialah bila kita meminta-minta atau private message owner pages itu untuk memberikan tittle admin kerana orang lain yang kita rasakan tidak patut dapat, tiba-tiba dapat jadi admin. ROFL.!!! Bila ini terjadi, maka jadilah page itu page noob atau seperti yang sahabat saya di puadede sebut sebagai page hingusan. 1 persoalan, 13 ribu komen, 16 juta likes dan tidak ada satu pun yang mendapat jawapan yang dikehendaki. And the sad thing is admin page takut dengan user. 10-x-LMAO-ROFL-LOL.
Last but not least, senarai paling noob bagi aku sekarang ialah bola sepak Malaysia. 5-1 kekalahan kepada Indonesia. Ok, aku bukan sokong Indonesia, infact aku sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia. Sejak dari bola sepak Malaysia di ketuai oleh Khairul Azman Mohammad, sehingga pemain-pemain muda yang ada sekarang, aku sentiasa berharap akan ada perubahan terhadap mutu permainan mereka. Sentiasa berharap aku akan bangga bila memakai jersi keramat kuning hitam ataupun biru. Tetapi, sampai sekarang aku belum ada beli mana-mana jersi pasukan Malaysia. Ini kerana, bola sepak Malaysia sangat penuh dengan drama. Drama lakonan yang sangat mengarut. Aku malas mau cerita panjang. Yang penting bola sepak Malaysia sekarang sangat super-mega-NOOb. Muahahhahahha..
P/S : LOL, ROFL dan LMAO. lain kali aku cerita pasal akronim ini.

[quote]Bila ini terjadi, maka jadilah page itu page noob atau seperti yang sahabat saya di puadede sebut sebagai page hingusan. 1 persoalan, 13 ribu komen, 16 juta likes dan tidak ada satu pun yang mendapat jawapan yang dikehendaki. And the sad thing is admin page takut dengan user.[/quote]
ni paling noobbbb ku rasa… :)
hahaha..aslinya sudah tu gus..
yang last but not least tu termasuk juga kah?
owh. u remind me of the nuffnang ilkan belum letak di blog ku. noob jugak aku ni. LOL.
itu paling noob sampai di ayamkan..hahhaa..
aku tahu maksud noob tu masa aku main games legend of mir tahun 2000, mat salleh ni tegur aku sebab aku bunuh binatang2 kecil sekitar town cth ayam, lembu, pokok buah pala etc. Bagi aku bunuh binatang2 sekitar town memudahkan aku berlari ke save zon supaya tidak dibunuh oleh PK (people killer) lagipun lvl aku baru 1…
Tapi bagi gamers, melakukan kerja lvling dengan membunuh binatang yang tidak mencabar adalah noobs.. dan bila fikir, ada betulnya.. apa yang aku dapat kalau setakat bunuh2 binatang sekitar town, lvling pun lambat, hasil drop pun murah.
Start dari kejadian itu, aku menafsirkan bahawa noob itu adalah golongan yang tidak mahu tercabar, tidak mahu tanggung resiko, tidak berani dengan saingan dan juga cabaran.
Maaf, komenku panjang.
ndakpa sis..komen yang panjang menunjukkan sejauh mana kita membaca dan memahami entry itu…btw, kalau jumpa noob dalam game, memang kena lauk la tu kan.hahahah..