
sekadar gambar hiasan yang dijumpai dari google.
To whom it may concern or read.
Kepada sesiapa yang pernah ke Pizza Hut Cawangan Tawau, anda pasti tahu bahawa terdapat 2 section disana. Tingkat atas dan tingkat bawah. Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang selalu ke pizza hut. Ini kerana, aku bukan seorang penggemar pizza yang tegar dan aku tidak akan pergi makan pizza seorang diri. Nampak sangat forever lonely. Kalau cik GF ada di Tawau atau ada kawan yang mau spen barulah aku ke sana.
Tidak ada masalah dari segi layanan dan kualiti makanan kerana aku tahu mereka sudah dilatih untuk bagi the best service ever. Benda ini adalah basic dalah mana-mana fast food restaurant. They give the best smile to you walaupun baru lepas kena maki hamun oleh restaurant manager. Ada satu perkara yang aku rasa sangat annoying di Pizza Hut Cawangan Tawau.
As you all know, bangunan 2 tingkat dan section atas selalu closed. Yes. Super annoying. Tengahari tadi aku ke Pizza Hut Cawangan Tawau bersama beberapa orang rakan. Aku lambat datang, dan masa aku sampai, kawan-kawan sudah duduk di section bawah. Aku tanya kenapa tidak ambil diatas, mereka jawab section diatas closed. Tetapi, lepas section bawah hampir penuh, ada customer boleh naik ke atas. Ini sangat-super-freaking-annoying.
Pertama sekali, aku tidak tahu siapa yang buat ini rule. Untuk mana-mana premis makanan yang ada 2 tingkat, kamu perlu penuhkan tempat di bawah dahulu sebelum boleh naik keatas. Sebagai seorang pelanggan, kita mempunyai hak untuk duduk dimana-mana bahagian dalam restoran sebab thats what we paid for. Seperti kes kami tadi, kami sudah mendapat hak yang tidak sama rata dengan customer yang dibenarkan naik ke section atas dengan alasan dibawah sudah penuh. Sebagai pelanggan, kami punya hak untuk duduk di mana-mana tempat yang kami mahu selagi masih dalam premis tersebut. Cuba bayangkan kalau kita pergi tengok wayang, tapi kita tidak dibenarkan duduk di tempat yang kita mahu walaupun tempat itu kosong atas alasan tempat lain belum penuh.
Yang kedua, Pizza Hut Cawangan Tawau bukanlah tempat kenduri percuma yang mana pihak tuan rumah perlu mengatur dimana kami mahu duduk. Kalau kami mahu pergi ke section atas walaupun dibawah masih ada tempat kosong, then pihak Pizza Hut Cawangan Tawau patut benarkan kami kesana kerana kami adalah pelanggan dan pelanggan berhak dapat apa yang dia mahu selagi tidak membahayakan premis dan kerana pelanggan bayar 5% untuk cukai perkhidmatan.
Ketiga, melainkan section diatas itu sedang di renovasi atau ada alien serta mahluk jahat, pihak Pizza Hut Cawangan Tawau harus membenarkan mana-mana pelanggan untuk duduk dan menikamati makanan mereka di section atas walaupun di section bawah masih kosong. soal staff terpaksa menghantar makanan naik turun itu bukan masalah kami. They get paid to do that job so stop complaining about that.
Jadi, lepas ini pihak Pizza Hut Cawangan Tawau tidak perlu lagi menghalang mana-mana pelanggan untuk naik, duduk dan menikmati makanan mereka di section atas walaupun di section bawah kosong because KFC Cawangan Tawau never do that.
Just for reference. I was there at 24 March 2011 between 1 PM to 2.30 PM.

suka dan minat adalah dua perkara yg berbeza……
Pingback: Pizza Hut Cawangan India | CSNK