csnk Blogger Tawau Paling Seksi ;)

3Feb/102

Permulaan Yang Baik.??

Ok. Tadi aku di tag dengan gambar nie. Oleh adik member aku. Sebenarnya, aku bermula dengan sangat tidak baik pada 2010 ini. Sangat tidak baik. mungkin kerana tahun baru jatuh pada hari jumaat dan mungkin aku adalah bernasib tidak baik dengan hari jumaat. Tapi, lepas aku tengok gambar nie, aku perasaan sesuatu. Aku sebenarnya berada di kalangan orang-orang yang gembira. And thank God for that.

Lihat saja kegembiraan yang terpancar di wajah kami itu. Itu cukup untuk membuktikan bahawa kami sangat bergembira. Lagipun ada ka orang bersedih di hari berkahwinan.??

Iya, gembira bermaksud tidak kurang makan, cukup tidur, disayangi ramai, tidak mengalami penyakit berjangkit, berkawan dengan orang-orang terkenal seperti dj radio di sabah fm, mempunyai komputer dengan LCD 20 inci, kereta paling eksotik di tawau, ada pendapatan walaupun tidak bekerja serta pakej streamyx 1mb. Jadi, apa lagi yang aku mahukan dalam hidup ini.?? sebuah kerja tetap. Boleh.?? ehehehhe...

Anyway, gambar ini adalah gambar berkahwinan seorang sahabat aku. Aku kenal dia sejak dari tingkatan 4. Dulu beliau merupakan sumber kewangan aku untuk memakan di restoran sugar bun. Ini kerana, beliau sering mengajak aku untuk memakan di sana. Tapi jangan salah sangka kerana kami tidak mempunyai apa-apa hubungan intim melainkan cuma kawan. Selain  itu, beliau jugak sering menggunakan aku sebagai lesen untuk keluar dari rumah. Ini kerana, ibu bapa beliau hanya mengenali dan mempercayai beberapa orang  sahaja sahabat handai beliau dan aku adalah di antaranya. ehehehe. Apapun, kepada Nastasha binti Masiri, semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Dan aku tetap menuntut pizza serta hadiah vip kami sempena majlis berkahwinan itu. ehehehe...

P/S - beliau kawin bulan deccember lepas. hehhehe...

What do you think of this post?
Awesome (0) Interesting (0) Useful (0) Boring (0)
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. Persamaan dengan si pengantin lelaki… kamu berdua punya senyuman dalam posisi gigi yang serupa.


Leave a comment


No trackbacks yet.