Pakej Ke Pulau Mabul

Ini hari, bukak email dapat uwang ringgit dan soalan pertanyaan.

Ada awek/makwe orang/bini orang/datin tanya soalan macam mana mau ke pulau mabul dengan bergaya dan hanya dengan RM 115. Sebenarnya itu hari ada lagi orang email bulan lepas, dari encik Aziz (tidak tahu nama sebenar ke bukan) bertanyakan hal yang sama. Sebenarnya, memang saya habiskan Rm 115 untuk ke pulau Mabul. Ini detailsnya.

  • Perjalanan dari Tawau – Semporna, Semporna – Pulau Mabul, Tempat tinggal, (Homestay stail) dan makan = RM 90
  • Sewa set snorkling = RM 15 untuk pakai-sampai-puas jam.
  • Perjalanan dari Semporna – Tawau = RM10.
  • Total = RM 115.

Itu hari, aku kesan dengan kawan-kawan yang ada kawan yang ada rumah tumpangan pulau mabul. Oleh yang demikian, kami tidak menyewa mana-mana resort yang ada disana. Tetapi, kalau ada yang mahu pergi, disini ada sedikit info mengenai resort yang ada disana.

Scuba junkie.

Jika mengikut maklumat dari web mereka, mereka juga mempunyai perkhidmatan untuk mengambil anda dari lapangan terbang Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Sipadan Mabul Resort

Sipadan Mabul Resort juga mempunyai kolam renang yang agak besar.

Sipadan Water Village

Screen shot packages diambil dari satu lagi web Sipadan Water Village di sini. Aku tidak pasti mereka dari satu company atau tidak.

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi resort-resort tersebut. Trip untuk aku ke pulau mabul tahun lepas adalah boleh dikira sebagai road trip tanpa ada sebarang pakej dari mana-mana resort. Kalau anda hubungi resort tersebut, sila bagitau anda dapat informasi dari sini. Mana tahu ada resort yang mau taja aku untuk review resort mereka kan. Heeeeeeeeeeeeeeeeee.

1 Comment

Filed under Review

One Response to Pakej Ke Pulau Mabul

  1. ngahahaha

    aku kesana bulan 5.. engkau abailabel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>