HTC Radar

Tanpa dirancang dan disengajakan, aku ke plaza low yat dengan brader nizam dan taiko ngo.

Brader nizam tiada facebook, jadi tidak bleh tag. Apa pun, semua ini berlaku tanpa dirancang. Bangun pagi, aku sugest dengan brader nizam untuk ke low yat pastu text taiko ngo jumpa di kl sentral. Last aku pegi low yat ni tahun 2007 rasanya. Time tu tidaklah round sangat. Tapi hari ni, aku saja mau servay-servay. Mana tau ada peluang menghabiskan duit.

Ada satu kedai aku masuk tu, dia ada display ini HTC Radar. Aku tidak berapa ambil port sangat dengan handphone brand HTC ni. Yang aku, cuma abg budi jak pakai HTC. tu pun pakai android. Tapi, lepas sesi test-mengetest HTC Radar ni, aku rasa ianya sungguh awesome.!!

Aku rasa phone ni saaaaaaangat cool. Terus rasa mau beli. So, on the spot aku terus beli. Hehehe. Tipu, sebenarnya aku tidak mempunyai uwang sebegitu banyak. Apa pun, aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan windows phone. Will follow on that. Aku rasa nokia x6 aku sudah agak usang dan hampir mencecah 2 tahun. So, kalau ada duit lebih, i definitely buy windows phone. Blackberry.?? not for me i guess.

BTW, aku ada beli handphone juga tadi sebenarnya. Yang murah-murah jewwww…

So, nanti full review handphone paling canggih dan terulung di abad ini dari saya yekk. Choww~

 

1 Comment

Filed under Sankai life

Power Point Yang Power

Tiap-tiap hari ada presentation. Tiap-tiap hari kena siapkan slide. Dan hampir setiap hari minggu lepas aku mencarut di twitter gara ini power point.

One does not simply read power point. Itu power point adalah untuk letak point yang power-power. Bukan keseluruhan text yang kau copy paste dari internet lepas tu letak dalam itu power point.

Ni lagi satu. Yang present tu, sila lah nampak audience. Bukan menghadap layar skrin dan membaca presentation power point iteww. Aku tak mo tenngok punggung. Nanti dilabel pervert pulak. Sebab itu gunanya laptop diletak di depan.

Kalau orang lain buat presentation, kau plak jangan sibuk becerita atau buat bising. Kalau ko mau bising, bising di twitter. No one care. Tapi kau akan nampak bangang kalau bising time orang buat presentation.

Ini pun satu hal jugak. Jangan telampau over sampai setiap kali buat power point presentation, kau letak video. Lepas tu buat muka bangga lepas habis video tu. Macam la kau yang buat tu video.

Ok, ni cuma beberapa dari banyak point. Lain kali aku sembang pasal jenis-jenis group yang terdapat didalam kelas aku.

 

 

Leave a Comment

Filed under Sankai life

Wordless Wednesday #3

Baru dapat tadi :).

Leave a Comment

Filed under Sankai life

R5MK

Setelah berfikir panjang ketika mandi petang tadi (ya, masa mandi adalah masa untuk berfikir according to meme rules), aku rasa sudah tiba masanya aku memulakan R5MK atau Rancangan 5 Tahun Menjadi Kacak. Persetankan dengan namanya. Yang penting isinya. Tujuannya ialah mencapai apa yang selama ini aku ingin capai. Kenapa 5 Tahun, sebab aku yakin dalam masa 5 tahun ini, aku ada masa dan peluang untuk mencapainya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, ada banyak perkara yang sebenarnya aku ingin capai dan lakukan. Ada antaranya aku tulis di blog ini dan ada antaranya aku simpan sebagai biarlah rahsia. R5MK ini juga akan menjadi penanda aras untuk aku melakukan sesuatu yang aku rasa mustahil sebelum ini.

1000 Blog post – sekarang, aku sudah buat 606 blog post. Jumlah itu adalah sepanjang 6 tahun. maksudnya setahun lebih kurang 101 blog post. Dalam tempoh 5 tahun, aku harap aku dapat mencapai post yang ke seribu.

Jelajah Semenanjung Malaysia – Ada beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ini yang belum aku pergi. So, dalam masa 5 tahun ini aku akan cuba untuk pergi ke semua negeri-negeri yang aku belum pergi dan pada masa yang sama aku akan pergi semula ke negeri yang aku sudah pergi dan ambil gambar dengan famous landmark.

Jelajah luar negara – Aku sudah sampai ke Indonesia pada 2009. Untuk tempoh 5 tahun mendatang aku letakkan sasaran Singapura dan Indonesia sekali lagi.

Dean List – Oleh kerana aku jadi student balik, aku sasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya sekali anugerah dekan. In that, i must work hard.

DSLR – Aku mahu DSLR bukan sebab aku ikut trend atau ingin menjadi photographer wannabe. Tapi aku sudah puas bermain dengan kamera handphone dan sony compaq. So, i need new things to explore. Dalam masa 5 tahun ni, aku akan cuba beli sebijik DSLR dengan duit sendiri.

Stamina – Aku rasa, ini antara perkara yang paling sukar sebenarnya. Utk seseorang yang tidak berapa aktif bersukan kecuali di depan laptop atau di atas katil, mendapatkan stamina bukanlah seperti mendapatkan max combo dalam DJ MAX 3 atau Stepmania. Ianya lebih dari itu. Aku sudah tetapkan sasaran aku iaitu berlari 7km dibawah masa setengah jam pada penghujung 5 tahun nanti adalah sesuatu yang realistik.

English as second language – Buat masa ini, english adalah bahasa ketiga. Oleh itu, aku akan memastikan english akan menjadi nombor dua pada penghujung 5 tahun nanti. Tetapi, tugas itu tidak semudah seperti menaiki anak tangga kerana aku perlu start over dan yang menjadi kerisauan aku sekarang ialah grammar dan english literature. Ohh, itu baru permulaan kerana ada banyak lagi yang akan datang sebelum aku boleh bercakap english dengan lancar dan natural seperti Johnny Deep.

Degree holder – jika semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan dan dibayangkan, rasanya akan ada degree pada penghujung 5 tahun nanti. Aku tidak mahu bercakap banyak tentang ini sebab semua yang diatas adalah untuk perkara yang ini.

To be honest, aku tidak suka merancang kerana aku tahu perancangan yang aku biasa buat semuanya tidak berapa mau menjadi. Tapi, aku letakkan 8 perkara ini sebagai goal setting dan tempoh 5 tahun kerana tempoh ini adalah tempoh yang realistik dan masih didalam liputan imaginasi waktu yang aku ada. Dan sebagai tanda seriusnya aku tentang perkara ini, aku akan letakkan semua list ini di sidebar untuk mengetahui sejauh mana pencapaian yang aku dapat dapat.

 

 

Leave a Comment

Filed under Sankai life

Free FB Awesome Timeline Cover

Biasanya, sabtu aku habiskan masa keluar melihat paha putih awek-awek yang suka pakai skirt pendek. Walaupun kebanyakannya adalah budak sekolah yang belum mencapai umur 18 tahun dan itu membuatkan aku kelihatan sebagai seorang pedo, tapi tidaklah sebosan bila duduk dirumah seharian tidak membuat apa-apa yang produktif.

Memandangkan hari ini aku tidak berapa ada mood untuk keluar (dibaca sebagai tiada duit), maka aku menjadikan pemandangan menara telekom dan blok ELTC yang tidak berapa indah itu sebagai inspirasi untuk menhasilkan satu facebook timeline cover yang agak awesome.

Aku tahu kamu semua mahukannya, jadi sila klik gambar untuk mendapatkan link penuh. Tidak perlu berterima kasih kerana sebagai seorang artis yang awesome (baca sebagai kebosanan didalam rumah sendiri), karya agung seperti ini harus dikongsi dan diberikan secara percuma. Cukuplah sekadar 2-3 puluh kali klik iklan. hehehe.

Anyway, life is great for me now. Nanti ada masa dan aku rajin, aku kongsi how my life here.

Leave a Comment

Filed under Sankai life