Triple Threat Match

Masa aku kecik dulu, permainan ikan laga boleh dikira sebagai sabung ayam untuk orang dewasa ketika itu. Melagakan ikan adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan si pelakunya di tazkirah yang berbunyi nanti kalau di neraka, kau akan di masukkan dalam botol dan disuruh berlaga macam itu ikan laga. Aku tidak mau sentuh soal itu sebab aku bukan ahli agama. Pointnya ialah melagakan ikan laga adalah illegal.

Sekarang, aku sudah jarang dengar orang cakap macam itu bila tengok budak-budak main ikan laga. Lagi advanced, sekarang mereka main triple threat match pulak.

Gila budak-budak sekarang ni. Tidak takut apa nanti di-triple threat match-kan di neraka.??

12
Dec 2011
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 0 Comments

Konsert Fenomena 30 Tahun Search – Tiket Dan Promosi

Beberapa hari ini, aku ada perasan yang Konsert Fenomena 30 Tahun Search ini sudah mula jalankan promosi. Salah satu jalan yang aku selalu guna sudah mula ada kelihatan banner konsert.

Gambar ini aku ambil ketika dalam perjalanan. Sila jangan ikut aksi berbahaya ini yakni mendrift sambil ambil gambar guna handphone. Agak tidak berapa awesome kalau something bad happen. Apa pun lepas tengok ini banner, aku tau tiket sudah boleh angkat.

Lagipun, sudah beberapa hari ada beberapa orang kawan sms tanya mana boleh beli ini tiket.

Ini ialah rupa sebenar tiket itu. Tiket ini dilengkapi dengan teknologi canggih untuk pembuatan sebuah tiket. Maksudnya, tiket ini mempunyai kualiti yang baik serta beberapa ciri keselamtan. Kalau kau beli tiket photostat, maknanya kau sudah dikencing oleh itu penjual tiket.

Dibelakang tiket yang original ada mengandungi (<– betul ka mengandungi.??) beberapa perkara yang tidak boleh dibawa masuk kedalam stadium kompleks sukan Tawau.

30 Authorized seller telah dilantik untuk menjual tiket ini.

Read more…

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011

Ketika sedang bershuffle sambil membaca sms yang baru masuk kerana aku pakai ringtone everyday im shuffling, aku tiba-tiba tersenyum sendiri. Tahniah! Anda terpilih untuk tugasan “penulis blog Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Tawau”. Sebenarnya, aku sudah tahu Search mau datang Tawau, tapi aku sedang tunggu konformasi dari pihak penganjur. Aku tidak mau letakkan harapan yang tinggi kerana pengalaman lepas mengajar aku untuk tidak eksaited terlalu awal. Tapi ini kali, hell yess im going to see Search live in concert.

Kenapa aku cakap pengalaman lepas, dalam sejarah aku menonton konsert di Tawau ini, Search sudah datang dan hampir datang 2 kali. Sekitar 2009 dulu, ada berita yang Search akan datang buat konsert. Kalau tidak silap, nama konsert itu ialah Konsert Search Di Awam Biru. Tapi konsert itu batal. Kemudian tahun 2010. Search datang dengan siri konsert Double Trouble bersama Wings. Konsert itu diadakan dengan berjayanya, tapi masalahnya aku tiada di Tawau. Dan aku fedup. Tapi 2011, everything were set to go dan aku yakin jika tiada aral melintang, aku akan men-tweet live dari Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama konsert Search datang Tawau. Seingat aku, Search pernah datang pada tahun 2004 dulu. Itu jam, durang buat konser di Dewan Masyarakat Tawau. Tapi waktu itu aku sedang berada di semenanjung demi mengejar cita-cita yang sampai sekarang tidak terkejar. Lepas itu, ada tokey funfair bawa Search sekali lagi. Dan akhir sekali, pada tahun lepas pada konsert Double Trouble. Apa yang pasti, aku mesti ambil gambar dengan Amy Search. Satu benda yang aku suka pada Amy Search ialah suara beliau. I can listen to Fantasia Bulan Madu all day long. Suara Amy bagi aku tetap menjadi sebab kenapa aku dengar lagu Search dari dulu lagi.

Apa yang pasti, aku harap ini konsert berjalan dengan lancar kerana aku sudah menunggu agak lama untuk melihat Amy Search nyanyi lagi Fantasia Bulan Madu dan Pawana secara live. Looking forward to be that. Juga aku harap tiada masalah dan kepada pihak penganjur, Rockstar Entertainment & Universal Credential  SDN BH kami tetap akan memberikan segala sokongan moral kepada anda untuk menjayakan konsert ini.

Dan lastly, kalau boleh aku mau rekues Amy nyanyi lagi ini.

50/50

Kamu sudah tengok ini wayang.?? agak awesome if you ask me. Filem ini mengisahkan tentang seorang pesakit kanser and how he battle for his life and in the same time, the disease make him realize what is the most important thing in life. Tidak mau bagi spoiler, ini adalah beberapa points yang aku dapat observe dari filem ini.

  1. watak kyle, kawan adam (watak utama dalam filem) adalah watak kawan baik yang ideal.
  2. kanser is a good pick up line which lead to sex eventually.
  3. “i dont go to your opening coz i hate you so much..” adalah antara scene paling awesome dalam filem ini selain scene sex.
  4. bila seorang perempuan hantar kau balik dengan keretanya, and she keep asking so much question didepan rumah ngko, maksudnya she want have sex with you.
  5. dalam filem ini, therapist adam seorang wanita yang hot. Berbeza dengan banyak filem yang mana kalau watak yang mana watak therapist orang tua yang berkumis dan kelihatan sedikit pervert.
  6. dead may come to you in anyway. be prepare for it.
  7. hidup kita cuma ada sekarang. tidak ada kemarin, atau besok. made the best out of it.

To be honest, aku ada family members yang menghidap kanser tahap 4. It’s not about telling him/her what to do, tidak boleh makan itu ini, tidak bleh buat itu ini, atau kesian dan cakap everything will be ok. Bagi kami, its all about having fun and enjoy every moment of life with them. It makes them more appreciate life.

30
Nov 2011
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

Road Tax Malaysia Failed.

Satu masalah yang selalu aku perasan semenjak begelar pemandu dijalan raya ini ialah road tax selalu failed. Dia punya gam selalu tebukak dan road tax itu menjadi retak.

Solutionnya ialah dengan membeli pelekat road tax berharga 5 ringgot kerana selo tape yang berharga seringgit itu pun failed.

Kalau dah pakai kereta Mitsubishi tu, mestilah mau beli sticker mitsubishi jugak kan. Takkan itu pun mau kena cerita juga.?? hahahha. Kalau ini sticker pun failed, aku rasa aku beli gam gajah terus. Biar ndak boleh di cabut ini road tax sekali kan senang.haahha..Aku rasa bajet 2012, kerajaan patut peruntukkan 2-3 juta untuk buat research and development of our future road tax yang lebih canggih seiring dengan wawasan 2020.

26
Nov 2011
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 0 Comments
TAGS