Nasi Goreng Amerika

Semalam, seluruh daerah tawau bermatian air. Aku terpaksa mandi-mandi kambing pada pagi hari untuk menjimatkan air yang sememangnya sudah kering. Walaupun pada hari jumaat itu aku ada satu kelas sukan, hikmah di sebalik perhimpunan disiplin pada setiap pagi jumaat menyelamatkan aku dari bermandi peluh.
Ok, selepas jumaat, aku pergi ke bandar untuk berjumpa seseorang. Bukan selingkuhan yer anak-anak. Kami pergi memakan di sebuah restoran yang berada di kawasan BaZhong bersebelahan dengan kedai TMNet Clickers. Sesiapa yang duduk Tawau pasti tahu apa nama restoran itu.
Kisahnya begini, antara makanan kegemaran aku ialah Nasi Goreng USA. Kali pertama aku memakan nasi goreng jenis ini ialah ketika kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur sana. Ketika itu, aku terpikir, bagaimana rupanya nasi goreng jenis ini. Yerla, aku orang kampung maa. So, dengan perasaan yang mengasyikkan, aku menunggu dengan sabar untuk melihat nasi goreng USA ini. Setelah sampai, aku agak terkesima melihat nya. Ianya langsung tidak menampak rupa ke-USA-an nya. Nampak macam biasa-biasa aja. Ada nasik, daging goreng merah dan sebiji telur mata sapi. Tapi takpa, orang cakap jangan tengok rupanya, yang penting rasanya. So, aku pun makan la nasi goreng ini. Rasanya adalah seperti nasi yang di goreng, daging yang di masak merah dan telur. Aku kecewa.
Itu kisah dalam lebih kurang 4-5 tahun lepas. Sekarang, kecanggihan era globalisasi telah melanda Tawau dan aku telah dapat merasa nasi goreng USA ini di kedai-kedai dan restoran-restoran berhampiran anda di sekitar Tawau. Nasi goreng USA ini tetap menjadi kegemaran aku adapun rupanya mahupun rasanya tidaklah menunjukkan ciri-ciri ke-USA-an. Dan, untuk pengetahuan anda semua, harga nasi goreng USA ini adalah sekitar 5-6 ringgit. Paling mahal pun 6 ringgit, dan yang paling murah pun 5 ringgit. Namun begitu, semalam telah mencatatkan sejarah dalam hidup saya apabila saya telah mengoder nasi goreng yang didatangkan khas dari USA.

Aku bukan jenis yang berkira pasal makan. Aku juga pernah makan di tempat yang kebanyakan rakyat-rakyat tawau tidak pernah makan. Memakan makanan yang juga tidak pernah dirasa atau di makan oleh kebanyakan rakyat tawau. Namun begitu, RM 10 untuk nasi goreng USA yang tidak ada kentang goreng seperti di meja sebelah aku, dengan servis yang lambat, dengan rasa yang lebih kurang sama dengan nasi goreng USA yang berharga RM 5, ini adalah kali terakhir aku pergi ke restoran itu. Seriously dude, not worth laa..






May 9th, 2009 - 08:58
Hui gila apa nasi goreng USA RM10.
Boikottttttttttttttt restoran tu!
Ingat USA tu jenama macam nike, adidas, mercedes benz!
May 9th, 2009 - 09:47
tu la pasal sis..
macam x berbaloi kan…
kalu tempat lain makan yang ini paling-paling pun 12 ringgit…
nasib ada uwang yang mencukupi…hahahaha..
May 9th, 2009 - 11:24
uina… mahalnya…. matai lawh… kalau d restoran biasa…. boleh order 2 nasi goreng USA…
May 9th, 2009 - 13:28
iya.tau tak aper..
inilah kali terakhir aku kesana..
macam haram punya mahal..
May 9th, 2009 - 14:35
muehehe.. Nama USA tu yang bikin mahal, tapi dak apalah cuba lah rasa lagi nasi USA di lain tempat mana tahu boleh murah dari itu
May 10th, 2009 - 10:09
memang tempat lain jauh lebih murah…
direstoran yang sebelah tmnet clickers tu jak mahal giler…
not worth dengan servis dan rasanya…
May 11th, 2009 - 23:33
Mmg dr USA…..tukang masak import mungkin
May 12th, 2009 - 02:42
Memandang aku tidak berapa sure dan tidak percaya dengan bil mu itu, semalam aku pegi restoran itu… aku tanyalah staff dia, harga nasi goreng usa di sini berapa? dia cakap RM10… aku senyum, dia tanya, kakak mau order yang itukah? Hell No! (dalam hati)
Tapi… ermm bukan ko juga yang fanatik dulu2kah suka restoran itu? sampai berapa kali namakan restoran itu utk lokasi 1st gath kita.
May 12th, 2009 - 02:57
itu dulu…sekarang hati ku sudah kecewa selepas kejadian ini…hahaha..
May 13th, 2009 - 04:45
waaa…. gila mahal!!!! Mentang mentang nama USA terus mahal la… nanti letak la nama nasi goreng mercedes benz… mesti mahal gak!! hahahahaha