csnk Blogger Tawau Paling Seksi ;)

10Nov/092

Musim durian

Pix1403

Salah satu musim kesukaan aku selain musim mengawan ialah musim durian. Pada hari-hari biasa, kamu bleh berjumpa aku di pusat pemakanan durian ter-fames di tawau seperti di kawasan hadapan grace plaza (pukul 5 ptg dan keatas) atau di kawasan fujimart. Ini kerana, aku adalah pemakan durian yang extreme.

Satu kisah yang aku tidak dapat lupa ialah ketika di kolej dahulu, ada sorang kawan aku bawa aku ke dusun durian kepunyaan keluarga beliau. Dan aku seperti berdiri dihadapan pintu syurga. Satu suasana yang tidak pernah aku jangkakan dalam seumur hidupku. Akibatnya, bonet kancil kereta sewa kami penuh dengan durian. Seminggu aku sarapan pagi durian. Ohh..I miss that moment. Tapi ianya takkan berlaku di tawau ini memandangkan hagra durian paling murah aku dapat ialah rm 6 sekilo. Sepatutnya, kementerian pengguna patut menetapkan harga siling untuk durian ini kepada rm 1.50 sekilo kerana ianya adalah raja buah.

What do you think of this post?
Awesome (0) Interesting (0) Useful (0) Boring (0)
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. Oh malangnya……. kenapa aku tak suka makan durian….. hehe…


Leave a comment


No trackbacks yet.