Itu jam, bila ada announcement pasal flight MH 3095 menuju ke Tawau, aku sudah lega. Menunggu di boarding room tanpa internet, awek lawa dan perut yang sedikit lapar adalah sangat tidak best. Seperti biasa, pramugari MASWings memang hot dan muda-muda. Tapi sebagai seorang lelaki, kena kontrol walaupun dalam hati berharap itu pramugari senyum, pegang tangan aku dan tulis nombor phone beliau. Tapi aku pasti, 3 kali kiamat pun itu tidak akan berlaku. hehehehe.
Penerbangan MH 3095 dari KK ke Tawau akan singgah di Sandakan untuk menurun dan mengambil penumpang. Dan pada waktu-waktu ini juga aku berharap dan berdoa supaya kerusi sebelah akan diduduki oleh seorang awek yang hot. Atau pun pelancong asing yang cuma memakai singlet sahaja. Tapi doa itu juga tidak dimakbulkan kerana kerusi sebelah aku kosong pada waktu itu. Semuanya adalah baik-baik sayang saja sehingga memasuki kawasan Tawau.
Dari luar tingkap, yang dilihat cuma kabus tebal. Dan kali pertama pesawat bergegar, aku punya jantung rasa mahu putus. Shit, panic attack datang lagi dan ini sangat tidak bagus. Tiba-tiba, titisan hujan mulai kelihatan dari luar tingkap. Ini sangat fakap kerana pesawat mula bergoyang seperti menaiki roller coaster. Perasaan itu jam adalah sangat tidak best. Tiba-tiba aku terbayang scene dalam cerita Lost. Kapal terbang terhempas di pulau yang terpencil. Fuck, sebab dalam flight itu cuma ada 2 pramugari yang hot dan banyak lelaki. Jadi, kalau itu betul-betul terjadi macam mana aku mau tunjukkan ke hero-an ku.??
Semakin kapal terbang menghampiri Lapangan Terbang Tawau, semakin terbatas penglihatan. Aku perasan angin makin kuat dan gegaran semakin kuat. Tiba-tiba lagi, terus scene yang tidak di ingini bermain di kepala. Aku terbayang berita TV3. Aku terbayang peristiwa pesawat terhempas di Lapangan Terbang Lama Tawau. Dan yang paling penting, aku terbayang dosa-dosa silam. Belum sempat bertaubat beb…
Tiba-tiba aku perasan kapal terbang mula tukar arah. Terbang semakin tinggi dan melakukan pusingan U. Pengumuman dibuat yang penerbangan MH 3095 berpatah balik ke Sandakan dan tidak jadi mendarat di Tawau. Kelegaan yang amat sangat. Selamat mendarat di kembali di Sandakan, semua penumpang turun dan menunggu pengumuman dari pihak MASWings. Flight MH 3095 ke Tawau dibatalkan. Malam itu aku menginap di Sabah Hotel, Sandakan. Memang heaven.!!! Terima kasih MASWings.

blogwalking…mampir balik ya..