Konsert Live To Die For.

Ok. Tajuk tu abaikan. Tapi disini, aku mahu cerita live konsert yang aku memang kau tengok sebelum mati. Ceh, ala-ala last wish pulak kan. ehehehe.. Anyway, di bumi Tawau ini, setiap tahun pasti ada artis-artis popular yang akan mengadakan konsert. Antara yang aku tahu ialah Peterpan, Hujan, MUH, Aizat (dalam satu konsert beb.) dan Metalasia. Mungkin ramai yang tidak kenal Metalasia, tapi abaikan jugak. Dan yang tak jadi pada tahun lepas plak ialah Search. Ini aku sangat kecewa kerana aku sudah membuat persiapan rapi, namun di batalkan pada saat-saat akhir. Kebiasaanya, aku akan pergi melihat ini live konsert tidak kira artis best atau tidak. Tapi suasana di live konsert adalah sangat best. Untuk tahun 2010, aku tidak tahu artis mana lagi yang mahu datang tawau buat konsert, tapi harap-harap ada.

Beberapa hari ini aku melayan youtube kerana kelajuan youtube sekarang adalah sangat excellent. Dan aku suka melihat live konsert artis-artis tempatan jugak antara bangsa. So, ini adalah list yang aku harap, suatu hari nanti aku dapat tengok.

  1. Search
  2. Faizal Tahir
  3. Dewa
  4. Padi
  5. Korn
  6. SOAD
  7. SlipKnot
  8. Muse
  9. RHCP
  10. Metallica

Mesti happening kan kalau dapat tengok secara live. Anyway, bebrapa hari lepas dapat panggilan dari BPTV dan besok akan ke SMTT. Tidak pasti akan yang akan berlaku besok. Hopefully seperti yang di rancangkan. Sudah bosan menjadi jobless separuh masa.hehehe..Ok chow…

17
Jan 2010
POSTED BY
POSTED IN Sankai life
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

2 Responses to : Konsert Live To Die For.

  1. friendly says:

    Man, ko lupa nak senaraikan konsert Amuk Man… hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>