Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011

Ketika sedang bershuffle sambil membaca sms yang baru masuk kerana aku pakai ringtone everyday im shuffling, aku tiba-tiba tersenyum sendiri. Tahniah! Anda terpilih untuk tugasan “penulis blog Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Tawau”. Sebenarnya, aku sudah tahu Search mau datang Tawau, tapi aku sedang tunggu konformasi dari pihak penganjur. Aku tidak mau letakkan harapan yang tinggi kerana pengalaman lepas mengajar aku untuk tidak eksaited terlalu awal. Tapi ini kali, hell yess im going to see Search live in concert.

Kenapa aku cakap pengalaman lepas, dalam sejarah aku menonton konsert di Tawau ini, Search sudah datang dan hampir datang 2 kali. Sekitar 2009 dulu, ada berita yang Search akan datang buat konsert. Kalau tidak silap, nama konsert itu ialah Konsert Search Di Awam Biru. Tapi konsert itu batal. Kemudian tahun 2010. Search datang dengan siri konsert Double Trouble bersama Wings. Konsert itu diadakan dengan berjayanya, tapi masalahnya aku tiada di Tawau. Dan aku fedup. Tapi 2011, everything were set to go dan aku yakin jika tiada aral melintang, aku akan men-tweet live dari Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama konsert Search datang Tawau. Seingat aku, Search pernah datang pada tahun 2004 dulu. Itu jam, durang buat konser di Dewan Masyarakat Tawau. Tapi waktu itu aku sedang berada di semenanjung demi mengejar cita-cita yang sampai sekarang tidak terkejar. Lepas itu, ada tokey funfair bawa Search sekali lagi. Dan akhir sekali, pada tahun lepas pada konsert Double Trouble. Apa yang pasti, aku mesti ambil gambar dengan Amy Search. Satu benda yang aku suka pada Amy Search ialah suara beliau. I can listen to Fantasia Bulan Madu all day long. Suara Amy bagi aku tetap menjadi sebab kenapa aku dengar lagu Search dari dulu lagi.

Apa yang pasti, aku harap ini konsert berjalan dengan lancar kerana aku sudah menunggu agak lama untuk melihat Amy Search nyanyi lagi Fantasia Bulan Madu dan Pawana secara live. Looking forward to be that. Juga aku harap tiada masalah dan kepada pihak penganjur, Rockstar Entertainment & Universal Credential  SDN BH kami tetap akan memberikan segala sokongan moral kepada anda untuk menjayakan konsert ini.

Dan lastly, kalau boleh aku mau rekues Amy nyanyi lagi ini.

Leave a Comment

Filed under Event, Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>