Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 – Sound Check Akses

Gambar diatas cukup menjelaskan aku ke Konsert Fenomena 30 Tahun Search sebagai apa. Terima kasih kepada Rockstar Entertainment sebagai local coordinator serta UC sebagai penganjur utama untuk konsert ini. Terima kasih untuk sumbangan tiket dan pass. Sebenarnya, aku sudah excited bila aku tau Search akan buat konsert di Tawau beberapa bulan dulu. Satu perkara yang terlintas dikepala aku pada waktu itu ialah “I must see the sound check”.

Well, my wish come true. Semalam, aku dan beberapa orang kawan dari Tawaubloggers mendapat pass media dan akses untuk melihat sound check. Agak ramai juga peminat yang datang untuk melihat sound check, tapi atas permintaan pihak penganjur dan pengurusan Search yang mahu sedikit privasi agar mereka boleh fokus untuk sound check, peminat yang tidak ada pass diminta untuk keluar dari kawasan stadium utama. Ini adalah pengalaman kali pertama aku melihat macam mana sesebuah band membuat sound check. Sound check disini bukan bermaksud test ketuk-ketuk itu mic ok ka tidak, pastu cakap “testing testing 1 2 3..”, but more than that. It is pretty awesome exprience if you ask me.

Waktu ni, Search belum sampai. Cuma ada beberapa orang crew dan sound engineer saja yang ada diatas pentas. Sedang test bunyi-bunyian yang aku sendiri tidak berapa paham. Kalau wayar hitam merah tu aku tau la macam mana mau setting. Haha.!!

Tapi lepas beberapa ketika, Din keluar dan mula memetik gitarnya and the rest of Search members mula berada di atas pentas. As i see that, the real sound check pun bermula.

Ini adalah satu-satunya peluang untuk aku pergi dan saksikan sendiri bagaimana sound check yang sebenarnya. Search memastikan yang mereka memberikan yang terbaik untuk peminat mereka. Aku perasan ketika lagu “Tiada Lagi”, beberapa kali di ulang untuk mencari key yang perfect. Dari situ aku tahu Search mahu berikan yang terbaik untuk peminat mereka yang datang dari seluruh pelusuk Tawau dan negeri Sabah.

P/S : Gambar tidak berapa jelas sebab guna camera handphone 5 MPX cikai-cikai. Tapi ini jauh lebih baik dari ada camera canggih manggih.

 

Leave a Comment

Filed under Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>