Konsert Fenomena 30 Tahun Search – Malam Kemuncak

Sebenarnya, aku masih speechless. Macam tidak percaya 3 jam lebih berlangsungnya konsert yang aku rasa terbesar dan terbaik pernah aku tengok. Ini bukan sekadar konsert ada artis menyanyi didepan, ini adalah konsert yang mana artisnya memberikan showmanship terbaik untuk peminat setianya. Search mempersembahkan sesuatu yang membolehkan mereka bertahan selama 30 tahun di bidang muzik.

Lets go straight to the point. Seawal jam 6.45 petang, aku sudah berada di kawasan stadium. Memerhatikan gelagat-gelagat mat rock kapak yang sememangnya sudah berada lebih awal untuk menyaksikan salah satu nama besar dalam muzik rock Malaysia. Kawasan tempat letak kereta mula penuh. Aku sedikit risau tentang tempat letak kereta ni, tapi pada malam itu, walaupun lebih kurang 10-15 ribu penonton yang datang pada malam itu, tempat letak kereta mencukupi. Kesesakan juga terkawal walaupun pergerakan kereta sedikit perlahan. Tapi itu adalah normal dimana-mana tempat sekalipun.

Sememangnya mereka sudah bersedia lebih awal lagi. Semakin ramai penonton mula masuk ke kawasan stadium. Keadaan terkawal tanpa ada sebarang insiden yang mencacatkan perjalanan program pada malam itu. Pihak bonzer, rela dan keselamatan menjalankan kerja mereka untuk memastikan tiada barang terlarang dibawa masuk pada kedalam stadium. Pihak penonton pula memberikan kerjasama penuh dan ini sesuatu yang bagus. Rock-rock juga, tapi keselamatan, peraturan dan disiplin tetap diutamakan.

Tepat jam 8 malam, MC mengumumkan Stacy akan memulakan persembahan sedikit masa lagi. Waktu itu aku baru bergerak ke depan pentas. Atas pass media sumbangan dan kepercayaan Rockstar Entertainment selaku local coordinator, aku bergegas mencari tempat yang terbaik untuk mengambil gambar sambil menikmati konsert.

Stacy membawakan 4 lagu yang aku tidak berapa ingat tajuknya. Yang aku ingat ada lagu Sweet Child Of Mine dan Kasanova sahaja. Waktu itu aku sedang sibuk mengambil gambar penonton.

Selepas saja 4 lagu stacy habis dipersembahkan, MC (aku tidak ingat nama. TL;DR) memberikan hint yang Search akan keluar sekejap lagi. Waktu itu, keadaan semakin panas dan semua sudah menantikan Search. Lampu yang sedikit malap di atas pentas pada mulanya sedikit demi sedikit mula bersinar. Dari belakang, kelihatan susuk tubuh seseorang membawa gitar. Kid, gitaris utama Search mengambil tempatnya dan penonton semakin”gila” dan “naik minyak”.

Jantung didada ini semakin berdebar apabila mendegar ketukan dram Yazit. Din pula muncul dari sebelan kiri pentas diikuti dengan Nasir. Seiring dengan intro lagu Panggung Khayalan, Amy selaku vokalis Search keluar dan aku tahu the rock and roll ceremony has begin.

Berikut adalah playlist Search pada malam itu.

  • Panggung Khayalan
  • Gotik Malam Edan
  • Fenomena
  • Serigala Segalanya
  • Pemuzik Jalanan
  • Isabella
  • Melastik Ke Bintang
  • Cakap Memang Murah
  • Rozana
  • Bisa
  • Laila Namamu Teratas
  • Kejora
  • Gadisku
  • Isi Dan Kulit
  • Langit Dan Bumi
  • Menara Kesesatan
  • Mentari Merah Di Ufuk Timur
  • Tiada Lagi
  • Pelesit Kota
  • Pawana
  • Fantasia Bulan Madu

Aku tidak tahu playlist ini betul atau tidak mengikut urutan kerana apabila lagu ke 5 mengambil tempat, Pemuzik Jalanan, aku lebih banyak “banging” daripada mengambil gambar kerana Pemuzik Jalanan adalah lagu paling favorite aku dalam semua lagu Search. Tidak banyak yang aku dapat tuliskan untuk persembahan Search kerana mereka adalah pemuzik profesional yang tahu bagaimana menghiburkan peminat mereka. Amy sentiasa berinteraksi dengan penonton. Sekejap ke depan, lari kebelakang balik, sempat juga beguling dihadapan pentas sekejap.

Dihadapan pentas utama, satu khemah VIP disediakan oleh pihak pengajur. Antara VIP yang hadir pada malam tersebut ialah Presiden MPT, Datuk Ismail Mayakub dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Titingan.

Pada malam itu, I got the best place in the house thanks to Rockstar Entertainment dan Universal Credential.

Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan konsert tersebut. Semua pihak memberikan komitmen yang tinggi. Tidak ada pergaduhan atau insiden yang tidak diingini berlaku pada malam itu. Pujian diberikan bukan saja kepada Polis, RELA, JPAM, Bonzer dan semua krew yang bertugas pada malam tersebut, tetapi juga kepada penonton yang sporting. Walaupun rock, tapi semuanya memberikan kerjasama. Aku juga sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rockstar Entertainment, Universal Credential serta semua pihak pengajur dan penaja kerana memberikan kepercayaan kepada Tawau Bloggers dengan memberikan pass media serta memberikan layanan yang sama kepada blogger-blogger tempatan walaupun kami tidaklah sehebat dan segah media-media yang dibawa khas dari Kuala Lumpur. This will be the night that i always remember.

Leave a Comment

Filed under Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>