kisah pramugari yang melampau
November 5th, 2007
ok…sekarang sudah tiba masa yang di tunggu kepada peminat-peminat yang sudah lama mau mengetahui cerita ini…cerita ini di alami sendiri oleh saya, encik john sankai ketika bulan ramadhan…ianya adalah kisah benar..selepas peristiwa ini, saya sudah tidak mau lagi menaiki pesawat airasia sebab ianya tidak best.!!!!!
warning : explicit content dengan perkataan yang berbaur lucah…kanak² tidak dilarang membaca, tidak tidak digalakkan terutama yang hendak mengambil peperiksaan stpm, spm, pmr dan upsr…
kisah 1 : pramugari bertudung di kaunter a.k.a ground floor
sesapa yang biasa naik kapal terbang pasti akan terbiasa dengan perkataan check in keranaini adalah prosedur biasa. penumpang perlu mengescan barang2 mereka utk memastikan mereka dapat check in dan utk mengelakkan ada barang2 merbahaya seperti bom tangan, sejata dan alat sulit berbahaya serta barangan terlarang di bawa masuk dalam kabin kapal….di sini juga gua berkenalan dengan 3 org yang datang dari tawau…2 org perempuan dan sorang laki….
ok..gua beratur utk check in barang gua dalam kapal sebagai bagasi…dan gua ada 3 beg pakaian dan satu beg galas…cadangan gua, satu beg akan di check in dan 2 lagi akan
masuk dalam kabin…lepas gua selesai, 2 org perempuan di belakang gua yang gua kenal awal ketika menunggu kaunter check in di buka cakap just masukkan beg yang satu lagi itu bersama mereka..dan pramugari yang jaga kaunter itu muka sungguh sangkeng sekali..cam siall…sesuai di labelkan minah tudung terlampau…tapi bagasi kedua2 perempuan itu plak dah lebih had, so gua pikir just go on dengan plan dua beg masuk dalam kabin…tapi, belakang 2 org pompuan tu ada sorang laki…hanya membawa sehelai sepinggang dengan satu beg kecik saja dan dia bersetuju utk amik beg gua sekali…apa yang buat kitaorg ingin melemparkan kasut pada muka wanita itu ialah perangai kesyaitanan beliau..nampak sangat tidak mau menolong dan cakap penumpang lain tidak boleh tumpangkan barang kepada penumpang yang lainnya..tapi Tuhan menolong manusia teraniaya dan lelaki tersebut cakap yang beg gua itu adalah miliknya…perempuan itu mendapat kemaluan yang besar kerana kami menggelakkan beliau beramai2….
apa yang gua tidak puas hati adalah double standard.!!!!!! ada seorang lelaki berketurunan cina yang check in sebelum gua check in dengan beg yang banyak..namun dia diberikan satu senyuman yang manis tanpa dikenakan bayaran lebihan muatan…ini sangat demet…saat itu jugak gua tau yang ini adalah kali terakhir gua akan naik airsia…dan kisah kedua berlaku dalam kabin kapal..
moral of the story : kalau kita tidak mau tolong org lain, jgn halang org lain dari menolong org lain plak..
kisah 2 : pramugari pakai skirt pendek a.k.a cabin crew
ok…flight ari tu telah fully booked..makna nya semua seat akan penuh…dan dimaklumkan jugak, ini adalah penerbangan dari johor ke tawau…yakni bleh kira jarak jauh sebab merentasi laut china selatan…apa yang gua tak puas hati ialah sikap cabin crew yang macam hanjing….memarahi penumpang kerana membawa banyak barang…gua sempat dengar ayat ini dari mulut cabin crew sendiri..
“ground staff ni bodoh laa…tak reti buat kerja….”
maksudnya di sini, terlalu banyak barang di masukkan kedalam pesawat sampai tempat simpan barang di dalam cabin penuh…sebagai penumpang, gua tersinggung dengan perangai cabin crew yang macam hanjing itu….sekali lagi di maklumkan ini penerbangan dari johor ke tawau…dan adalah kebiasaan utk membawa banyak barang…takkan kau pikir mau bawak 2 helai spender, 3 helai baju dan sehelai seluarutk satu penerbangan merentasi laut china selatan..sedangkan org yang balik dari kl ke kodiang naik bas express pun beg sudah 3-4 bijik…the whole crew airasia yang bertugas pada hari itu, dari ground staff ke cabin crew (kecualikan pilot dan co pilot) adalah bodoh dan perangai macam siall….
moral of the story : jgn naik airasia..serta jgn terpengaruh dengan tambang murah kerana korang akan di kenakan bayaran tambahan pada bagasi yang lebih..
ok..rasanya tu jek kot..di lain hari, gua akan menceritakan pengalaman gua di tahan oleh polis dan pasukan pemusnah bom di KLIA pada awal pagi kerana disaspek membawa bom…ini adalah cerita benar ketika gua mau ke terengganu beberapa tahun lepas….