Jangan Belakang Pandang

Baru sebentar tadi aku terlihat 2 status ini di satu group FB. Aku baru tau plak ini kes. Tadi aku tidak tengok berita kerana ASTRO telah memotong akaun aku terhadap beliau. Sekarang aku boikot ASTRO. hohohoho.
Anyway, aku sangat tertarik dengan kedua-dua status ini. For the truth, aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Belum google lagi. Nanti aku carik.
Apa yang aku hairankan sekarang ialah kadang-kadang, bila sesuatu isu tu timbul, terutamanya mengenai sekolah, pasti guru akan disalahkan dahulu. Sekarang, cikgu buat ini tidak boleh. Buat itu tidak boleh. Pelajar pulak, sesuka hati datang sekolah. Kalu rasa malas mau ponteng. Lepas tu, datang sekolah dengan perangai yang tidak senonoh. Pakaian tidak kemas. Kena tegur sikit, terus melenting. Bila rambut kena gunting oleh cikgu, boleh pulak ambil gambar kepala pastu pegi fax lapor kat kementerian. Padahal, sudah tahu sekolah itu peraturan dia macam mana.
Ada yang lagi hebat tu, pergi cerita macam-macam sama ibu bapa. Datang mesyuarat PIBG, suruh ibu bapa usulkan supaya itu dasar ini kena ubah, peraturan ini kena ubah. Tak ke kurang ajar namanya itu.?? Baru kena rotan sikit dah melenting. Ibu bapa plak kalu HP anak dia kena tangkap (ada pekeliling mengharamkan pelajar membawa HP ke sekolah. baca artikel ini.) mula nak query sekolah macam-macam.
Kadang-kadang, aku tidak tahu apa yang ibu bapa sekarang ajarkan sama anak mereka. Kalu rasa sampai peraturan sekolah pun mahu kontrol dan query, sila buka sekolah sendiri. ok.???


bebudak skarang lembik..
konon klu isap rokok tu dah ganas la.. klu bleh bawak motor kete g skolah kira abeh owsem dah.. mak bapak bodoh.. camne la anak nk jadi pandai.. dalam hal ni.. aku sokong cikgu.. patut mak bapak masuk sekelas ngan anak dia.. blajar sekali.. otak bebal sgt dok telan duit haram jek