Semalam lepas sembahyang jumaat, aku pegi midvalley. Cadangnya mencari kasut. Kasut sukan yang aku bawa dari Tawau sudah koyak. Aku tidak tahu kenapa, tapi lepas sampai di IPBA ni, semua benda mcm problem. Ada jak yang koyak. Nasib poket dan dompet belum koyak lagi. Tapi, itu pun bakal koyak jugak. hehe.
Anyway, Sampai di midvalley, lepas layan KFC dan beli kasut sukan, Masuk ke IT fair dulu sebab aku mau cari pendrive. Agak betahun jugak aku tidak guna pendrive ni. Tapi sekarang memang perlu ada pendrive ni. Selain dari cari itu pendrive, dengarnya boleh ambil gambar bersama ferarri. Memandangkan mati hidup semula pun aku kompom tidak boleh beli ini ferarri, jadi ambil kesempatan mana tau boleh eksen-eksen letak gambar profile di facebook kan.

Rupa-rupanya, bukan begambar bersama ferrari, tapi ambil gambar ferarri. Hampeh. Apa pun, aku rasa model yang dua itu belum cukup seksi la. mungkin mau cari model yang cup lebih besar baru ngam dengan kuasa kuda ferarri yang besar ini. Muahahahahahha..
Anyway, untill next time braders.
