Aku selalu dapat soalan-soalan bonus. Apa kerja aku.?? Apa aku buat.?? Kalau dulu, mungkin aku boleh jawab aku jadi cikgu. Tapi memandangkan sekarang belum ada apa-apa berita pasal penyambungan kontrak (and im sure that it will never come), aku susah sikit mau jawab. Kadang orang akan tanya macam mana aku bayar bil-bil utiliti, top up dan isi minyak kereta kerana benda-benda itu semua adalah umpama kewajipan pada dewasa ini. <– WTF punya ayat.
Jadi kalau ada orang tanya aku, apa aku buat sekarang, jawapannya senang. I make the world go around. Sebenarnya, hidup ini senang. Tetapi kau perlu melaluinya dengan susah melainkan bapak kau masuk dalam senarai billionaire’s club di Malaysia. So, how my life work.??
Sebelum aku mengambil keputusan untuk menetap di Tawau ini, aku sudah fikir masak-masak. Ini kerana, mendapat pekerjaan yang berpendapatan melebih RM 600 sebulan di sini adalah sesuatu yang agak sukar. Kerja government pulak bergantung pada nasib dan kabel. Kalau kabel besar pun masih susah mau dapat kerja, apatah lagi kabel kecil. Jadi, sebagai seorang yang berfikiran seperti mafia pajak si Gayus Tambunan, aku perlukan sumber untuk mendapatkan duit dikala aku memerlukan. Thats one problem and that problem is solved. Dengan sumber itu dan rezeki dari yang DiAtas, bil streamyx, elektrik, top up, petrol dan perut boleh ditanggung ketika sedang tidak ada kerja.
Selain itu, in-case of emergency, kfc dan beberapa perkara lain yang tidak perlu didetailskan disini juga boleh ditutup oleh sumber ini. Pembahagian sumber ialah 60-40. Aku punya bahagian ialah 40%. Daripada 40% itu, aku cuma guna 15% sahaja. Lagi 35%.?? Pergi ke tempat yang sepatutnya. Jadi, duit gaji daripada hasil titik peluh kerja ketika jadi cikgu adalah untuk kegunaan berfoya-foya, me-ngebid dan menang di lelong, mencari seluar jeans di Mudah dan beberapa keperluan lain yang berbentuk keduniaan semata-mata.
So, apa point entry ini.?? Senang. Hidup ini memang senang. Tetapi, untuk melaluinya adalah sangat-sangat susah. Jadi, kita perlu berfikiran sedikit jauh dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan kita kan senang dikala susah. Dan yang paling penting, mencari sumber yang boleh menjelaskan bil-bil bulanan and take your girlfriend once in a while a fancy candle light dinner. hehehe…
Ok, sekarang siapa mahu tahu rahsia goyang kaki dapat duit.?? hahaha

hidup memang penuh dengn cabaran… Insya Allah smuanya akan mudah jika adanya ketabahan dan usaha bersungguh2..
iya..betul tu bosku…