Hormati Hasil Karya Orang Lain

Tadi aku dapat email dari forum nulledscriptz. Sebagaimana yang kita tahu, forum nulledscriptz ini adalah forum yang menyediakan semua script dan template premium yang sudah di nulled. Sebenarnya aku sudah lama tidak download script dan template yang sudah di nulled.

Bagi aku, ini adalah hasil karya orang lain. Sekiranya kita menggunakan versi cetak rompak, ianya seperti mencuri. Sekarang aku perasan ramai budak-budak suka pakai nulled tempates ini kerana boleh didapati dengan mudah. Tetapi, jangan lupa, nulled template tidak semestinya selamat. Kemungkinan template itu dipasang dengan “Line of God” adalah besar. Line of god itu ialah istilah yang diajarkan oleh pensyarah saya dimana kita boleh memasukkan beberapa baris code ketika dalam proses pembangunan sesuatu sistem atau web. Tujuannya ialah untuk kita (merujuk kepada si pembangun) takeover sistem atau web itu. Walaupun pensyarah saya tidak pernah ajar macam mana mahu buat itu baris code, I figure it myself how to write it when I do my final year project. heee..

Anyway, template premium itu adalah hasil karya yang tidak patut di cetak rompak dan di nulled kan. Ini kerana, kalau tidak mampu beli template premium, sila guna yang biasa-biasa sahaja. Atau mintak tolong seorang designer buatkan. hahahha.. Tetapi, kes berbeza untuk software dan OS’s serta games. Di Tawau tiada tempat jual yang original maaaa.. Kalau ada aku sudah beli adobe photoshop original. BTW, OS’s dalam laptop yang aku gunakan ini ada lesen ok. heeee

2 Comments

Filed under Sankai life

2 Responses to Hormati Hasil Karya Orang Lain

  1. Pingback: Tweets that mention Hormati Hasil Karya Orang Lain ยป csnk -- Topsy.com

  2. Pingback: Tawau Bloggers Unity » TBU Berwajah Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>