Tadi sudah backup semua data dalam ini blog. ingat mau ‘restart’ balik, tapi kensel last minit. eheheh. Ok, sekarang ada isu yang rasanya ada kaitan dengan hidup aku. Minggu lepas kalau tak silap budak-budak ISMP UPSI ada buat demo menuntut hak mereka supaya di auto-posting kan oleh gomen lepas grad nanti. Tidak ada masalah kalau kau mau buat demo, tapi aku sedikit terasa dengan kenyataan si YDP MPP nama afiq ka..kononnya, GSTT ni menutup peluang mereka untuk posting. ADa 7 tuntutan yang semuanya, menyalahkan GSTT. Mula-mula tu, rasa macam WTF juga, tapi bila pikir balik, durang kan profesionak (kononnya), jadi tidak apa sebab profesional are allowed to say anything and get away just like that.
Ok, tujuan entri ini bukan mau banding siapa lagi profesional, tapi just mau cerita macam mana aku bleh jadi GSTT. Sekitar bulan 7 2008, time tu aku kerja sebagai technician biasa. Aku ada tengok satu notis iklan “Jawatan Kosong”. Yes, dia tulis jawatan kosong untuk guru pengaturcaraan. Berbekalkan ilmu yang tidak seberapa dan tidak profesional macam afiq si YDP MPP, maka aku pun apply la itu “jawatan kosong”. Buat resume, pegi sahkan sijil hantar borang dan dipanggil interview. Panjang pendek cerita, lepas interview, dapat panggilan dari SM Teknik Tawau yang bagitau aku dapat jadi GSTT dan perlu lapor diri. To be honest, my balls were shacking.
1st day at job, lapor diri awal pagi dan pengetua pesan rambut tak bleh fesyen mohawk dan gunting layer. Mana aku tau sebab aku bukan profesional macam si afiq YDP MPP tu. But that day went well. Masuk kelas untuk kali pertama, perkenalkan diri untuk kali pertama dan bercakap dihadapan untuk kali pertama. Tidak banyak aktiviti yang aku dapat join. Masuk sekolah pun sudah hujung tahun kan, jadi setakat jadi fasilitator untuk kem kepimpinan pengawas, buat kertas kerja dan handle 2-3 program untuk kelas programming, buat soalan peperiksaan untuk budak tingkatan 4, periksa kertas exam dan beberapa tugasan lain yang rasanya tidak payah tulis. Tapi, progam paling mencabar ialah bila aku di suruh handle gotong royong perdana yang mana melibatkan semua pelajar dan guru. Soalannya ialah bagaimana seorang GSTT yang bru 2-3 bulan kerja disuruh mengatur guru-guru senior tempat untuk dibersihkan bersama pelajar mereka. It not an easy job. But 2008 was my starting point. Banyak pengalaman dan benda baru aku belajar. Dan aku mula rapat dengan geng-geng kaunseling. Tugas terakhir aku pada tahun 2008 ialah kena buat slide untuk unit kaunseling punya yer repot. Terasa bangga dan hidung kembang kempis bila diberikan credit ketika mesyuarat akhir tahun dihadapan semua guru. heeeeeeee.
2009 where the fun start. Kontrakan disambung untuk setahun. Walaupun tiada jaminan untuk ke jawatan tetap, tapi kerja tetap dibuat. Tapi tahun ini sedikit berbeza. Aku ditukar dari jabatan vokasional ke jabatan kemanusiaan. Kena ajar PSK dan PJK. Siapa ingat ajar PSK dan PJK senang, adalah silap. Walaupun kedua-dua subjek ni tiada exam, tapi kena ajar jugak. PSK supaya pelajar sentiasa berkelakuan baik, berahlak mulia dan menyayangi diri sendiri, ibu bapa, guru-guru rakan sebaya serta negara manakala PJK supaya pelajar-pelajar tidak obesiti dan terkena strok serta sentiasa sihat. Tahun 2009 juga aku start banyak buat kerja. Jadi guru kelas, jadi juruletih bola tampar dan diarahkan membantu unit disiplin. Pencapaian terbaik ialah apabila pasukan bola tampar mendapat tempat ke 3 peringkat daerah Tawau. Dan untuk yang tidak tahu, bola tampar perempuan di Tawau, tempat pertama dan kedua telah di reserve oleh 3 pasukan. Kalabakan, merotai dan umas-umas. 2009 dan 2010, SMTT nombor 3. Bagi aku ianya sesuatu yang membanggakan kerana aku rasa aku berjaya melatih pelajar yang tiada pengalaman dalam bola tampar jadi top 3. Of course dengan beberapa senjata rahsia…muaahahhahahhaha..
“keseronokan” 2009 diteruskan pada 2010. Tapi tahun ini aku dibawah 2 jabatan. Vokasional sebab ajar Aplikasi Komputer dalam Perniagaan dan jabatan kemanusiaan sebab ajar PSK. Tahun ini, lebih banyak tugas yang diberi selain dari mengajar dan rasanya kalau senarai nanti orang bosan mau baca (macam ada orang baca blog ni kan.?? hbahaha)
Apa pun, jadi GSTT buat aku belajar banyak perkara. Aku terpaksa belajar balik. Baca buku teks PJK. cari isu-isu semasa dan kena improvised untuk subjek PSK atau ianya akan menjadi subjek yang paling membosankan. So, kepada afiq si YDP MPP, kami memang bukan profesional macam kamu. Tapi sila jaga tutur bahasa dan kekalkan tatasusila kerana anda itu bakal guru (kalau dapat tempat posting la..) sebab suatu hari nanti bila saya jadi seorang bapa, saya tidak mahu anak saya diajar oleh cikgu yang telah mengeluarkan kata-kata yang tidak berapa enak didengar serta merendahkan orang lain walhal dia sendiri belum tahu perkara itu.

nice one susah juga dapat kerja kan diorang senang saja