Fire Drill

Fire Drill ialah satu latihan kebarakan yang biasanya dilakukan di suatu institusi, syarikat atau dimana-mana sahaja yang dilakukan secara mengejut. Tujuannya ialah satu, untuk memastikan setiap pelajar, pekerja atau sesiapa sahaja bersedia dengan keadaan kebaran. Kebiasaannya, Fire Drill dilakukan secara mengejut dan tiba-tiba untuk memastikan timbulnya suasana sebenar kebakaran.
Baru-baru ini, yakni hari rabu lepas, satu Fire Drill telah berlaku di SMTT. Sebenarnya tidak mengejut dan tiba-tiba pun sebab semua orang sudah tahu Fire Drill akan dilakukan dan semua telah bersedia. Namun begitu, aku ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai Fire Drill.
Beberapa bulan lepas, aku telah menjadi urus setia merangkap pengadil ke 4 gantian untuk pertandingan bola sepak MSSGT. Di Tawau ini, ada hanya beberapa tempat yang mempunyai padang bola sepak yang menepati spesifikasi FIFA. Salah satunya ialah sekolah aku masa tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dulu. Dijadikan cerita, 2 orang kawan aku merangkap urussetia telah ditugaska untuk bertugas disana.
Ketika perlawanan sedang berehat di separuh masa pertama, tidak semena-mena Fire Drill telah diadakan di kawasan padang. Bukan sahaja itu, urussetia serta pasukan yang sedang bertanding ketika itu telah dihalau keluar dari padang oleh erkk..tuan rumah, sedangkan ini adalah pertandingan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Gabungan Tawau. bukankah ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana bagi sesebuah rumah itu bersetuju untuk menjemput tetamu, namun telah menghalau tetamu itu tanpa semena-mena. Tapi takpa, inikan Fire Drill. Mengejut dan tiba-tiba.






June 19th, 2009 - 09:12
duk nah dihalau bah……agak2 la fire drill tu, xkena masa n tempat. dulu aku fire drill d skolah 2 time hujan, kami lari jak tinggalkan tu bomba2.
June 19th, 2009 - 12:25
durang si ustat malik yang kenak halau..
nasib bukan aku yang bertugas di sana…
ehehhhe…