Ok, untuk masuk hari ni, tinggal beberapa hari lagi untuk aku ke konsert Fenomena 30 tahun Search 2011. Konsert itu akan diadakan pada waktu malam. Bro, siang tarak aktiviti ka.?? Jangan risau sebab siangnya kita akan berfiesta bersama Fiesta Tawau Gemilang 2011. Soalannya, apakah itu Fiesta Tawau Gemilang 2011.?? Untuk menjelaskan persoalan ini, sila baca tentatif program pada siang 24 nanti.
Aktiviti sebelah siang.
Fiesta Tawau Gemilang 2011
Lokasi : Perkarangan Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Hari : Sabtu.
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang.
Aktiviti : Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal), Sound Blast, Persembahan Kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan Jualan Produk Tempatan.
Aktiviti sebelah malam.
Konsert Fenomena 30 Tahun Search
Lokasi : Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Jadi sila reserve hari sabtu kamu untuk ke Komplek sukan Tawau sebab banyak aktiviti yang baik punye.
Alang-alang kita cerita konsert, itu hari masa peterpan datang ke Tawau pun buat konsert di sini. Tapi di Dewa tertutup dan bukannya di stadium utama.
Itu kali pertama aku pergi konsert peringkat antarabangsa sebab artisnya artis luar negara.




Sorry kualiti gambar kurang terang sebab pakai handphone murah cikai-cikai jer. Apa pun, untuk rating konsert ini, aku bagi 140% punya markah. Semuanya mantaps.!! Dan aku yakin Konsert Fenomena 30 Tahun Search juga akan semantap ini.
