
Seperti yang anda semua ketahui, dan ada jugak tidak mengetahui, aku baru balik dari Indonesia. Salah satu sebab aku kesana ialah untuk bercuti, selain menjumpai sedara mara. Tapi, itu salah satu sebab sahaja.

Salah satu lagi ialah aku ingin merasakan keaslian dan kesedapan Coto Makassar. Lagenda mengatakan, di sini, pada kedai ini, at this place where i stand, di seluruh sulawesi selatan, inilah tempatnya dimana Coto Makassar adalah yang paling sedap. Aku tidak sempat menyalin itu kordinat GPS. Tapi, you’all bleh cari tempat ini dengan mudah kerana cuma perlu bertanyakan dimana Coto Makassar yang paling sedap di seluruh Sulawesi Selatan.
Baidewei, aku tidak dapat merasakan Coto Makassar di kedai ini kerana ketika aku sampai, pada pukul 7.30 pg, mereka belum bersedia. Dan kedai ini hanya beroperasi sehingga pukul 11pg.
Suatu hari, aku akan kembali untuk menuntut janji kesedapan dan keenakan Coto Makassar di kedai ini, seperti lagendanya.
