Pernah dengar lagu Cinta Kilat dari Bimbo.?? kalau belum dengar dan layan lagu dulu ok.??
Kalau sudah layan baru boleh sambung cerita. Aku banyak tengok ini cerita cinta seminggu di facebook. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang baru mumayiz atau pun kepada mereka yang sibuk mencari jodoh dari facebook.
Malam Isnin : Add as a friend. Baca-baca info mengenai lelaki/perempuan yang di add. Baca status dia. Yes, dia single, dia ada gambar camwhoring depan cermin atau dia ada profile picture yang sangat cool. Love at first sight berlaku disini.
Malam Selasa : Memberanikan diri me-like status, bagi komen di status dan start private chat. Yes dia layan, dan dia lonely serta bosan ini malam. Konon ada persamaan dan keserasian disini dan pertukaran nombor telefon pun terjadi.
Malam Rabu : Mula bermain sms. Post status di facebook berbunyi “saya sedang sibuk kerana saya sedang bersms dengan seseorang yang special.” Mula tanya bila tarik lahir, warna kegemaran serta apa-apa yang berkaitan. Berkenalan dengan lebih rapat kononnya.
Malam Khamis : Mula video chat guna ym atau skype. Memberanikan diri untuk kasi tau “I had a crush on you girl/boy.” Bercerita sepanjang malam kononnya. Declare couple. The happiest moment on my life kononnya.
Malam Jumaat : Tukar status “Engaged/married” di facebook. Biasanya pasangan begini suka bermimpi terus kahwin. Bertukar-tukar wall komen dengan ayat-ayat seperti ILY, IMY, dan FML. Lebih romantis, ada pula yang bagi komen seperti you are the best damn thing that ever happen to me. Jadah, kenal baru seminggu sudah jadi the best damn thing.?? Tidak lupa juga saling bertukar profile picture dan berjanji untuk sehidup semati kononnya.
Malam Sabtu : SMS berbunyi eh, kenapa hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan) tidak balas sms hubby/baby/papa/mama/umi/abah/*(potong yang tidak berkenaan). Perkara melarat ke facebook dan saling masing-masing mula emosi. Menuduh pasangan curang, aku setia kau tak setia, aku matang kau tak matang, aku selingkuh kenapa kau tidak selingkuh juga.?? Kononnya menangis sampai mata bengkak sebab terlalu sedih di buat begini.
Malam Minggu : break. Kau bukan untukku. Menyesal aku kenal kau. Kita tiada jodoh. Ex gf ku tidak matang dan macam budak-budak. Ex bf ku seorang perv.
There you have it. Cinta seminggu di facebook. Ada kaitan dengan yang hidup sekarang. Hahahahha.
