Petang tadi lepas asar ada keluarga meninggal. Sementara jenazah diurus di rumah, aku dikuburan menunggu. Mau tolong gali kubur pun, masa aku sampai semua sudah siap. Jadi cuma tinggal tunggu saja. Dalam masa menunggu dari jam 5.30 hingga lepas maghrib di kubur, aku dan 2 orang lagi sedara bercerita bagi menghilangkan rasa takut dan seram sejuk katakan. Ada beberapa perkara yang aku belajar.
1. Kuda sebenarnya mempunyai instict seperti anjing. Boleh melihat benda-benda ghaib. Sebab itu mata kuda ditutup dari tepi. Ini kerana, kalau itu kuda sedang di tunggang dan ada sesuatu yang dinampak, kuda itu akan berhenti atau berpatah balik kerana takut.
2. Orang yang tinggal dekat kuburan sudah tidak mempunyai rasa takut. Ini kerana, hari-hari tengok kuburan.
3. Kebanyakan kuburan sedia ada sudah hampir penuh. Mungkin masa akan datang, harta tanah melibatkan kuburan akan meningkat macam harta tanah rumah dan emas pada ketika ini.
4. Kalau bayi tidak cukup bulan, yakni 8 bulan dan dilahirkan, biasanya bayi itu tidak dapat survive. Tapi kalau 7 bulan, masih boleh selamat.
5. Kalau ada bayi yang meninggal pada hari jumaat selepas sahaja dilahirkan, seseorang kena ada untuk menjaga kuburan bayi itu selama mungkin untuk mengelakkan pengamal ilmu hitam pergi mengambil sesuatu dari mayat bayi yang dikubur itu. Berjaga disini bermakna kena bermalam di kuburan untuk menjaga kubur bayi itu. Yang pasti, aku tidak mau menjadi orang itu.
6. Biar takut, tapi tetap optimis.
BTW, yang meninggal tadi adalah anak pakcik aku yang dilahirkan tidak cukup bulan. Baru 8 bulan. Sedekahkan Al-Fatihah untuk jenazahnya.

al-fatihah.. bulih wat idea cerita hantu melayu yg baru..