
Ini adalah Butik Pengantin Sri Mawar. itu hari aku ada pergi sini dengan beberapa orang kawan. Bukan untuk memilih andaman atau apa-apa berkaitan dengan urusan perkawinan, tapi atas jemputan owner nya, iaitu Puan Mawar sendiri. Now you get the idea where the name came from rite.? hehhee.
To be honest, ini kali pertama aku masuk butik andaman. Kebiasaanya cuma tengok dari luar sahaja. Dan seperti yang aku jangkakan, kalau sudah namanya butik pengantin, mesti penuh dengan baju pengatin dan of course aksesori pengantin. Aku tidak berapa reti sangat pasal nama-nama baju ni, yang aku tau baju pengantin memang cantik. Beauty came with price. That’s what they said. Ketika bercerita-cerita dengan Puan Mawar, ada satu cerita yang sangat menarik perhatian aku. BTW, walaupun penakut, aku penggemar cerita mistik dan setan-setan.
Puan Mawar ada satu kastemer tetap. Nama kastermer tetap digunakan sebagai kata ganti nama diri. Jadi, pada suatu malam yang tidak berapa indah, ini kastemer tetap dalam perjalanan pergi mengambil adiknya. Dan seperti mana yang penduduk Tawau semua tahu, jalan dari SM Teknik ke Taman Semarak adalah tidak sesuai sekiranya anda bersendirian di waktu tengah malam. Aku tidak mau cerita dengan lebih detail apa yang ada disana kerana aku adalah pengguna tetap jalan itu. Itu jalan menuju ke rumah aku. Cukup aku katakan gelap dan kelapa sawit.
So, bila berada di kawasan jalan itu, tiba-tiba ada sesuatu menumpang dikerusi belakang kereta yang dipandu si kastemer tetap ini. Rasanya kamu, kamu dan kamu sudah dapat bayangan bukan.? Kebetulan dalam kereta itu ada satu minyak yang selalu digunakan oleh si kastemer tetap ini. Salah satu fungsi minyak ini dikatakan untuk menjauhkan segala gangguan mahluk halus. Jadi, si kastemer tetap ini merenjiskan beberapa titis minyak aura ini ke tempat duduk belakang. Penumpang yang menumpang di kerusi belakang itu sudah tiada. Aku mintak kebenaran untuk ambil gambar minyak yang dikatakan itu.


Aku cuba mendapatkan informasi mengenai kastemer tetap Puan mawar itu, dan seperti biasa tidak ada maklumat diberikan untuk menjaga kerahsiaan pelanggan. Puan Mawar cuma bagi sedikit informasi dan klu mengenai siapa kastemer tetap ini. BTW, ini adalah cerita benar. Dikatakan juga, minyak Aura ini ada banyak kegunaan lain. dan Butik Pengantin Sri Mawar adalah satu satu ajen penjualan untuk Minyak AuraLife di Tawau.
Selain daripada Butik Pengantin Sri Mawar, Puan Mawar juga adalah pemilik Sri Mawar Beauty Centre. Jadi, kepada yang menggunakan perkidmatan Butik Pengantin Sri Mawar, anda juga akan mendapat pakej di Sri Mawar Beauty Centre. Kepada bakal-bakal pengantin, yang mana ada jerawat sikit-sikit tu jangan risau. Muka anda akan dirawat supaya halus dan mulus supaya nanti tidak dikritik oleh persatuan ibu-ibu dan makcik-makcik sekampung yang datang ke majlis perkahwinan anda.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Puan Mawar di talian 019-8633343 atau emailkan ke srimawarpengantin[a]gmail.com. Laman web rasmi Butik Pengantin Sri Mawar masih dalam pembinaan dan akan di link kan di bahagian ADS LINK kemudian. Jika anda bakal pengantin dan sedang mencari-mencari andaman yang sesuai, sila hubungi Butik Pengantin Sri Mawar. Menurut informasi dalaman (ceeeehhhh..ala-ala wikileaks konon), Butik Pengantik Sri Mawar akan memperkenalkan sistem affiliates mereka. Thumbs up.!!!
Info Butik Pengantin Sri Mawar
- Pemilik – Puan Mawar Bt. Media
- No. Telefon – 0198633343 / 0138066696
- email – srimawarpengantin[a]gmail.com
- facebook profile. – Sri Mawar.

Pingback: Tawau Bloggers Unity » Butik pengantin Sri Mawar