Jangan Belakang Pandang

Baru sebentar tadi aku terlihat 2 status ini di satu group FB. Aku baru tau plak ini kes. Tadi aku tidak tengok berita kerana ASTRO telah memotong akaun aku terhadap beliau. Sekarang aku boikot ASTRO. hohohoho.
Anyway, aku sangat tertarik dengan kedua-dua status ini. For the truth, aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Belum google lagi. Nanti aku carik.
Tanggungjawab Sosial
Ramai yang tahu sebut perkataan ini. Tetapi, berapa ramai yang tahu apa maksudnya.???
Tanggungjawab sosial ialah perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.
Kalau anda menge-search di google pun, ini la definasi yang akan anda jumpa. Kenapa aku tergerak untuk bercerita tentang ini.?

Tengahari tadi, satu kebakaran kecil telah berlaku di satu kawasan lapang di tengah bandar tawau. Kawasan ini dipenuhi dengan semak samun yang telah di tebas beberapa hari lepas. Seperti yang kita tahu, sekarang adalah musim kemarau. Dan rumput kering membuatkan api menjadi cepat marak.Sebenarnya, api ini bermula sejak sabtu petang kalau mengikut informasi yang aku terima.
Jurulatih Bola Tampar yg Terlampau

Tahun ini adalah tahuan ke 2 aku terlibat dalam bola tampar SMTT. Well, aku pernah bermain bola tampar suatu ketika dulu. Ketika berat cuma 35kg. Ketika ketulan-ketulan otot di perut dipanggil six-pack. Sekarang, apabila berat suda mencecah kategori heavyweight, ketika otot di perut dipanggil lelemak manja, aku sudah tidak se aktif dulu. Lagipun, tidak ada team, jadi macam mana mau main kan.??
Kejohanan MSSGT baru berakhir dan pasukan Teknik perempuan berjaya mendapat tempat ke-3 manakala lelaki tewas di persaingan suku akhir.
Tahun depan, kalau ada rezeki, jumpa lagi di MSSGT 2011.
Selipar Ajaib.

Selepas ini, mungkin kita tidak memerlukan doktor lagi. Ini kerana, selipar ini sungguh ajaib kerana ianya dapat menyelesaikan serta menyembuhkan penyakit-penyakit yang terdapat pada anggota badan kita. Lihat sahaja kawan-kawan, testis dan telur pun boleh disembuhkan sekiranya mempunyai penyakit berjangkit.
Selain kosnya yang murah, selipar ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai berhampiran anda serta di tepi-tepi jalan di jual oleh salesman-salesman ubat yang terlatih. Dan kepada yang lemah syahwat, cuma perlu pakai selipar ini ketika membeli belah di gedung terkemuka atau cukup dengan 2 jam sehari, 3 kali seminggu. Di jamin berkesan dan lebih baik dari tongkat ali. Lelaki perempuan semua boleh pakai. Baik punya.....





