saya telah menggantikan sbox baru kerana saya sering dipromotekan dengan iklan viagra murah pada sbox yang lama…ini adalah sangat tidak best…

ok…sudah tidak lama berhapdate sebab yerla, artis kenamaan macam saya adalah sangat sibuk sekali…kemarin saya hendak berjumpa dengan tokei laman web porno, namun beliau tidak pergi kerja sebab beliau sudah kaya hasik dari royalti laman web porno beliau..oleh kerana hasrat saya tidak tercapai, saya pergi mencari isi perut dan semestinya pilihan saya ialah nasik lalap keluaran ABC…ketika sedang menunggu, saya melihat sekeliling…saya melihat ramai anak muda duduk di meja lain. saya sempat mendengar perbualan mereka yang memperkatakan tentang muzik yang mereka dengar…

ini sangat menarik dan saya terus mencuri dengar perbualan mereka….

apa yang saya mendapati, mereka (anak-anak muda ini) begitu obses dengan namanya indie muzik(betul ka eja.??) sehingga kumpulan seperti butterfinggers, flop poppy serta ada satu kumpulan yang saya haram tak hingat nama juga dilabelkan sebagai indie…WTF…saya cuma mampu mengeluh tanpa kata…..

saya jugak amat kasihan kepada mereka kerana dari perbualan mereka, saya mendapati mereka adalah apa yang digelar pozer kerana mengatakan lagu mimpi sedih itu adalah lagu baru flop poppy sedangkan yang sebenarnya, ianya adalah nyanyian emilia contesa….mereka jugak mengatakan bahawa audioslave ialah kumpulan baru sedangkan audioslave ialah sebenarnya rage againts the machine tanpa zach de la rocha…

hujan.?? saya tidak mahu memperkatakan band gay ini kerana abg Perampok sudak menulisnya, tapi yagn pasti ianya adalah kegilaan anak-anak muda di tawau ini. saya.?? saya sudah tua kerana saya hanya mendegar lagu dangdut sahaja…oh ya, siapa tau tajuk lagi lirik di bawah ini sila bagi tau saya yek…sekali ngan penyanyi nya…

“aku kehabisan kata
dan hampir tak dapat bicara
dalam hati hanya ada rasa
yang tak dapat ku wakilkan
pada sajak, lagu, atau bunga

demi kamu aku pamit
sebentar aku ke langit
akan ku gendong rembulan
ku kantongi bintang-bintang
segera ku bawa pulang
untuk mu…

kalau bulan bisa ngomong
sayang bulan tak bisa ngomong
coba kalau bisa ngomong
dia pasti tak akan bohong
tentang cinta
cinta kita…”

This post has 1 comment.

  1. IcedNyior
    14 Jul 08
    6:56 am

    Pak Gugel kata lagu tu bertajuk “Kalau Bulan Bisa Ngomong” oleh Doel Sumbang & Nini Carlina :P

Carian Audio Tajaan Tawauonline.Org



Help Me Get My New Laptop.!!!!