kenikmatan kehidupan
Written by sankai on June 20, 2008 – 7:46 am -
ni adalah salah satu daripada koleksi terbaru aku tahun 2008…nike airforce snickers….sebenarnya, benda ni xla mahal sangat kalu kita tau mana mau carik….price market utk kasut nie(berdasarkan harga s@ndu sp0rt) ialah rm 289..tapi tu lum tau yang ori…i got this one for only rm 70…..tapi yang ni bundle jer…;)
since aku balik tawau raya tahun lepas, blog ni aku banyak tinggalkan dan aku asa dalam sebulan paling banyak pun 5 post..yerlah…di tawau ni i got my live back…maksud aku, aku ada banyak aktiviti yang berfaedah yang dilakukan oleh manusia normal….
antara aktiviti yang sering aku lakukan terutama selepas jam 5 petang ialah minum air kelapa….

di tawau, pasar malam bukan lah pasar malam seperti yang kebiasaan kita alami di semenanjung malaysia..ianya adalah pasar biasa yang menjual barang keperluan seperti sayur, buah, dll pada waktu malam..yakni bermula pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam..dan ianya adalah setiap hari..pada sesiapa yang tinggal di tawau, the best air kelapa ialah iced nyior air kelapa segar di pasar malam….

siap boleh pilih kelapa mana yang kita mau…sebelum ni, harga sejibik kelapa ialah rm 1..tapi sekarang, lepas minyak naik, harga kelapa pun ikut naik..yakni rm 1.50 bagi pelanggan biasa dan rm 1.20 bagi pelanggan tetap macam saya….

lepas air habis, suruh belah utk memakan isinya..memang best..jadik, jgn la kita segan² utk memajukan industri kelapa di negara kita dengan meminum air kelapa yang segar…
lepas nie aku patut mengajak konco² utk menukar port lepak sebab sebelum nie, port utama kami ialah belakang empire state dan restoran kayu manis…pasal restoran kayu manis…persatuan penulis blog lucah tawau yang di ketuai oleh saudara alwis akan mengadakan gaythering gathering di kawasan bazhong dan lebih spesifiknya ialah restoran kayu manis….

gambar nie aku amik masa kali terakhir aku pegi kayu manis….sebenarnya itu kali pertama aku pegi memandangkan ada member aku selalu pegi wat meeting…aku tak tau meeting apa…

sebenarnya nie bangunan satu tingkat, tapi di renovate jadi 2 tingkat..ni gambar dari tingkat 2…ala jepun sebab para pelanggan duduk sila…tapi di kawasan atas memang sesuai mau buat meeting atau gathering…dan lebih privasi incase ada yang mau berkenalan dengan lebih rapat….

sebenarnya lelaki yang baju merah pakai tudung tu adalah staff disana..dia memang layak masuk raja lawak….dan ada member aku cakap dia nie adik salah sorang member aku jugak..so, senang la to get along..neway..dia memang baik dan akan melayan korang dengan mesra….i dont get any royalti by doing this, but this place makes me wanna go back to there….
seriously..memang best sana….di kesempatan ini jugak aku ingin memperkenalkan kepada dunia the eye of tawau….

tapi aku lom sempat naik..last time aku pergi, aku cuma tunggu mak ngan adik aku naik…sebenarnya cam takda mood naik benda² slow nie…..tak mencabar langsung….hehehe….aku ingat lagi masa aku tunggu mak ngan adik aku kat bawah..ada sorang minah tu belagak nak mampos..siap berdiri lagi kat kerusi kekonon dia nie tak takut tinggi la..demett..bagi aku ferris wheel ni utk org yang jiwa lembut beb….and this thing call ferris wheel..not eye of malaysia tawau

nak yang lebih ekstrim, naik la airfoce..baru ada cabaran..hehehhe..aku dah naik benda alah ni 2 kali and looking forward fot the 3rd time…..last time aku amin benda yang serupa ngan benda nie masa kat sunway dulu ngan dyan….sebenarnya aku nak main semua permainan yang ada, tapi dyan dah naik gayat dah pas naik benda apa kejadah nama dia tu….so, kitaorg main roller coaster jer…
wow..aku rasa ini lah entry paling panjang penah aku wat..ehehhhe..neway, lepas aku balik tawau ni baru aku rasa ada masa utk diri senddiri…maksud aku keluar berseronok…seronok doesnt mean i like my job right now….so, utk keemoan yang lebih hebat, kita bertemu di lain hari…..babai….
Posted in Sankai life |


June 20th, 2008 at 10:26 am
Waakk..kahakahakah…dengan rasminya aku lantik csankai.org sebagai pelaksana project blog-blog porno tawau nanti,,hahahaha”ada ka juga tuu blog..kompius aku bha…ngeekkk
June 21st, 2008 at 7:06 am
Hahaha… Blog ko membuatkan sy teringin gila nak minum air kelapa…
June 22nd, 2008 at 3:37 am
Nak singgah tawau ntah abad bile ntah..
June 23rd, 2008 at 12:18 am
alwis : bukan ko president ka.?? huahuahua…
karulann : carik yg namanya kelapa pandan..sedappp…
zool : jgn sesegan datang tawau….